10 Sebab Kenapa Perempuan Cun Gagal Dalam Bercinta

4:56 PG

10 sebab kenapa perempuan cun selalu 

gagal dalam bercinta dan lambat kahwin? :

 Suatu persoalan.


Korang mesti pernah jumpa kan awek yang cun tapi dorang tak kahwin-kahwin lagi. Memang aneh, sebab rupa ada, gaya ada... manja, mesra... tapi bila kita dekati mereka, tanya punya tanya, selidik dalam-dalam, rupanya dah banyak kali putus tunang, break up, kecewa dengan lelaki dan umur pula ada yang sudah 35 tahun! Kenapa jadi macam ni?

Dya ade gak kawan-kawan yang cun-cun tapi semua gagal tertonggeng dalam bercinta. Macam-macam hal. Semua masalah dari lelaki. Contohnya bf curang lah, bf hambar lah, bf tipu lah, bf songlap duit lah.. macam-macam pulak. Kawan yang sederhana dan biasa-biasa rupa aje, dah jadi ibu anak 3 dah! 

"But this quote lays on men!"

Kenapa ye, kenapa perempuan cun selalu gagal dalam bercinta?

1) Perempuan cun ramai peminat. Korang ingat lelaki ni suka ke awek dorang ramai orang minat. Ha, mulalah naik bulu cemburu. Lepas tu mengongkong. Nasib badan!

2) Awek cun ni selalunya akan ditackle oleh mamat kacak juga dan bercinta pun dengan si kacak. (Fizo Omar??) Percaya tak bila si kacak bercinta dengan si awek cun, si kacak boleh jadi juga dari keturunan playboy darat (walaupun tak semua). So, si playboy mestilah pasang 5-6 awek kot!

3) Awek cun banyak kerenah. Dorang ni selalunya manja, sensitif dan gurlygurlyyy. Bila awek sangat sensitif, tak semua lelaki akan layan. Tapi sebenarnya lagi parah kalau lelaki pun sama sensitif (kadang lebih!). Lemah lutut.

4) Awek cun ni kadang-kadang ada rasa insecure. Korang tahu tak perasaan macam takut kehilangan? Perempuan cantik, rasa insecure tu lebih tinggi sebab dorang takut kalau bf dorang ni terjumpa yang lagi cantik, parah la. Perempuan cantik tak suka disaingi. (Macamana Dya dapat tahu perasaan macam ni.??haha)

5) Awek cun selalu mahukan ikatan yang cepat (kahwin cepat). Tapi kenapa? Kerana dorang tahu dorang cantik, dorang perlu diikat dengan cepat oleh lelaki yang dorang cintai. Kalau lambat, dorang akan selalu diancam bahaya. Contohnya stalker. uhh! Tapi lelaki, ramainya yang nak kahwin sangat lambat. Kalau dorang boleh simpan awek lama-lama dalam tong garam, agaknya dah jadi jeruk masin awek tu!

6) Awek cun selalu jadi mangsa salah faham pasangan. Mungkin bf awek cun tu nak lebih, mungkin mengharap kesempurnaan! Tapi apakan daya, awek cun hanyalah pompuan biasa yang tahu nangis aje kalau sedih kan... So lelaki yang terlalu mengharap kesempurnaan agak-agak korang nak ke kahwin dengan pompuan yang dia terlalu mengharap kesempurnaan tu? So terimalah kekurangan awek anda yang cun tu.

7) Awek cun selalunya wanita berkerjaya yang berjaya. Dorang tahu apa yang dorang nak. Kalau dalam cinta, dorang akan cari cinta yang betul-betul sepadan dengan citarasa. Kalau lelaki tu menjelikkan, kaki pukul, kaki kikis... jawapannya selamat jalan romeo!

8) Awek cun selalunya ramai jer yang dengki. Dalam kes macam ni, ia adalah perkara yang paling sedih sekali. Cuba korang bayangkan kalau bf yang dia dapat tu, dahla kacak (Fizo Omar???), baik budi, penyayang, menerima kekurangan tersembunyi awek ni, tapi ada pulak orang dengki main bomoh la, main hantu raya lah, main toyol lah... buat mereka terpisah. sedih..

9) Awek cun selalu disalah tafsir sebagai perempuan jahat (jalang kot?) kalau dorang banyak kawan lelaki, pandai bergaul dan ada karisma tersendiri akan dicop kupu-kupu malam. Lelaki hanya akan mempermainkan dorang, memandang sebagai objek nafsu semata dan berikan cinta palsu. Sakitnya hati! Padahal mereka kebanyakannya adalah perempuan yang berhati penyayang dan setia.

10) Last sekali, awek cun ni sebenarnya ramai yang manja dan comel, tapi ada yang sebenarnya hati kering dan keras. Kalau lelaki buli dorang, ingat dorang nak berdiam diri? Tapi lelaki ni pulak, bila sekali kena backhand, terus angkat kaki. Ha tu la.. sape suruh buli awek cun agi! 

p/s: Pada korang guys yang ade awek, awek korg tu cun plak tu, jagalah baik-baik. Jangan mengecewakan hati perempuan cantik ni. Sebab bila dorang da mula kecewa, lukanya amat parah sekali.Uh.Hanya perempuan je yg faham hati perempuan! ;-) winnkkk



You Might Also Like

6 marshmallow komen