Lelaki Idaman Wanita

11:48 PTG




ha?? bile ckp pasal laki idaman prmpuan cmne plak?? so,,pada laki kat luar sana yg try2 nk
tackle awek uh,
korg bace la ape ciri2 lelaki idaman pmpuan?? so,,,check it out...!!!!!!!!!!! zasssss...!! hehe..=)






1.       Yang menjaga imannya. Yang sentiasa menunaikan solat pada waktunya dan patuh segala suruhan-Nya. Yang mementingkan agama berbanding yang lain.

2.       Yang menghormati wanita dan orang lain. Amat tinggi budi bahasa ini! ni la yg pling pnting 

3.       Yang sentiasa mengambil berat. Namun, bukanlah seorang yang terlalu ‘busy body’. Sepanjang masa asyik-asyik sms dan siasat apa yang dilakukan oleh sang wanita hampir sepanjang masa. Nanti perempuan naik rimas pulak. Entah-entah dia kat tandas ke ape ke, tu pun nak sibuk? Haish, susah ni. 

4.       Yang menjaga dan melindungi dan penyayang. Wanita inginkan lelaki yang mampu menjaga keluarganya, dirinya,  dan hatinya. Sememangnya wanita takutkan ancaman dan bahaya. Dan semestinya sis d'ya takutkan keseraman, maka perlukan lelaki yang berani lawan jembalang semua haha. 

5.       Yang mesra dan tidak terlalu serius. Kebanyakan wanita sukakan lelaki yang mempunyai sifat-sifat humor. Mereka mampu menjadi penawar di kala duka dan bila bersama pun taklah boring. Ada je yang nak di cakapkan. Biarpun kadang kala perkara yang dibualkan tu, mengarut. Ehhe. :D 

6.       Yang berterus terang. Berterus teranglah dengan pasangan. Jika ada sesuatu yang sang wanita dapat tahu dari mulut orang lain tentang benda buruk yang telah anda lakukan, lagi nahas! Maka, lebih baik berterus terang. Mulakan sedari awal perhubungan agar ‘kepercayaan’ masing-masing tak di ragui. Kan? =)

7.       Yang mudah berkata “maafkan saya”. Tak payah panjangkan cerita. Lelaki begini memang sangat susah dijumpai. Sekali jumpa aku taknak lepas. Hoh hoh.

8.       Yang sukakan kanak-kanak. Kalau sis d'ya jumpa lelaki yang tak sukakan kanak-kanak, macamana nak hidup bersama kan? Dan ini adalah antara tanda-tanda yang lelaki tersebut adalah seorang yang panas baran. Fuish, dah lah sis d'ya tak suka kena marah. “ek eyleh. Ada aku kesah?” kata pembaca. hahaha..

9.       Yang melakukan kerjanya dengan baik. Apa yang ingin dilakukannya, lelaki tersebut akan pastikan yang ianya akan siap dan sempurna. In short, lelaki yang kurang malas, dan ada rajinnya. 

10.   Yang mampu membuat keputusan dengan baik dan tepat. Lelaki akan menjadi ketua keluarga suatu hari nanti kan? Pastinya ciri-ciri ini yang paling diperlukan. inilah lelaki yang matang.

11.   Sayangkan keluarga kedua belah pihak. Inilah lelaki yang bertanggungjawab. Tak gitu? 

12. Yang pandai mengucapkan kata cinta, pada waktu-waktu yang sesuai. janganlah setiap masa nak ucap kata cinta, nanti lama-lama basi je ayat cinta tu. hilang manisnya. 
13.   Yang mengutamakan kebaikan. Wanita sukakan lelaki yang berani untuk berkata, ‘tidak’ kepada sesuatu yang membawa kesan buruk kepada dirinya dan orang lain. Contohnya; Rokok serta perkara-perkara yang bertentangan dengan agama.
14. Yang menjaga penampilan, kemas. pernah tak nampak wanita cun bersama lelaki yang 'tak berapa cun'? haa, wanita ni kalau betul-betul jatuh cinta, dia tak heran paras rupa kau dah. yang penting, kemas. lelaki yang tak selekeh, tu paling penting. wanita ni agak geli sebenarnya dengan lelaki 'Metroseksual'. 
p/s : haha..nie la laki idaman wanita....ermmmm....so,,laki2 kat luar sane...ayuh ubah prngai anda!!!! hehehe..=D

You Might Also Like

5 marshmallow komen