Bila air mata berguguran siapa lebih berhak?

2:31 PG




Assalamualaikum.. ;)

Haa..Jawab jangan tak jawab..Dosa taw..! Hehe..
Yang memberi salam adalah sunat manakala yang menjawab salam adalah wajib..Eh, D'ya ni berceramah pulak die ni..Aduhai D'ya Marshmello..;) Anyway, kawan2 apa khabar? Hope all bloggers yang sudi singgah sebentar di blog Miss D'ya Marshmello yang tak bape nak femes macam bloggers lain tuh jalan-jalan cari makan tenkiu sgt2...Yang penting jgn jalan2 cari pasal sudah... =)



Today nak post entry berkenaan tajuk di atas? Kalau tak pandai baca masuk la tadika balik..Hahaha..Joke2.. Fuhh! mendengar tajuknya sahaja sudah cukup 'leleh' habiss..?Entry kali ini bertajuk "BILA AIR MATA BERGUGURAN SIAPA LEBIH BERHAK" .??



Namun apa boleh buat?Kita semua pasti akan memikirkan sesuatu yang menyedihkan bila bercerita perihal air mata?Pasti u allz tak ketinggalan jugak utk merasa kesedihan..Apabila berkait dgn kesedihan pasti ia melibatkan air mata..Is it right? Namun masih ramai yang tidak tahu barangkali air mata yang mengalir laju juga sebenarnya mempunyai 'kisah manis' untuk dikongsi,seterusnya kenangan itu diingati sebagai rakaman memori paling indah sekalii..Chewahh! Ayat D'ya jiwang karat..Janji rock sudaa.. =P



Pun begitu u allz mesti pernah mendengar pepatah lapuk yang sekian lama mengatakan 'LELAKI TIDAK BOLEH MENANGIS SEPERTI PEREMPUAN'..?Adakah fakta ini boleh dipakai?Sejauh mana kebenarannya?Adakah lelaki tidak boleh meluahkan apa yang terbuku di hati dgn menangis? Hmmm..Mari kita sama rungkaikan and share pendapat....Lagipon 'sharing is caring' kann..??



Biar sepedih mana penderitaan atau sesukar mana kepayahan lelaki dikatakan lebih rela menangis di dalam hati..D'ya dapat merasakan menangis bukan hanya termaktub untuk kaum perempuan sahaja.. Hanya lelaki itu sahaja yang tahu apa yang terbuku di hatinya sendiri..Lagipon berdasarkan pengalaman D'ya sendiri,,D'ya dapat menilai seseorang melalui perwatakan dia..So,tak salah rasanya D'ya share something yang boleh membawa kebaikan..



Manakan tidak persepsi itu telah lama 'tertulis' di dalam norma masyarakat sejak dahulu hingga kini..Sejak kecil golongan lelaki sebenarnya telah dilarang untuk menangis.?Betul tak wahai kaum Adam?Apatah lagi merengek-rengek kegedikan?Eh,betul ker?Apa yang pasti kata-kata itu seakan memberi kesan psikologi mendalam sehingga terbawa-bawa di minda lelaki dewasa..Justeru,lelaki kini dikatakan sebagai individu yang agak misteri laa..Yela..Tak keterlaluan D'ya cakapkan di sini LELAKI bijak merahsiakan perasaan mereka sendiri.. =D


Ya..Itulah LELAKI  yang penuh misteri..Justeru,tak mustahil la jugak lelaki  dikatakan sebagai individu yang bijak merahsiakan soal hati dan perasaannya kerana mereka 'seakan dipaksa untuk tidak menangis'..Hilang macho la kononya..Berasaskan hal itu juga timbullah 1001 persoalan dalam merungkaikan topik ini iaitu benarkah lelaki sejati langsung tidak boleh menangis?Adakah kerana dilahirkan sebagai lelaki mereka terbatas untuk meluahkan perasaan dengan menangis?Jawapannya jeng jeng jeng..;-)


Jawapannya ialah tidak salah andai seseorang lelaki sejati itu mengalirkan air mata..Mengapa?Ini kerana mengekspresikan emosi seseorang lelaki itu sendiri punya kebaikannya..Nak tahu apakah kebaikkannya?Apabila u guys menangis,ia dikatakan sebagai terapi di dalam usaha untuk melegakan ketegangan dalaman atau meredakan sebahagian sistem saraf dan seterusnya mengembalikan perasaan yang berkocak itu kembali normal seperti biasa..Hehe..eh,betul ke??Hanya kaum Adam sendiri yang boleh memberi pendapat..Biasanya lelaki akan menangis di dalam hati apabila si DIA kecewa dalam bercinta atau lebih tepat lagi apabila LELAKI  itu kehilangan orang tersayang..


Oleh itu wahai kaum hawa di luar sana,u all jangan terperanjat apabila si dia menangis di depan anda tanpa disedari oleh dirinya..Kerana tidak mengira lelaki atau perempuan,semuanya sama di mana tuhan menciptakan manusia mempunyai hati dan perasann..Pikir-pikirkanlah..Salam.. ;)



Photobucket

You Might Also Like

0 marshmallow komen