Dulu cermin mata,kini kanta lekap

9:41 PG


Deria penglihatan atau pancaindera merupakan kurniaan yang amat penting khususnya dalam menjalankan aktiviti seharian kita.Namun bukan semua di antara kita yang memiliki penglihatan yang baik.Masalah rabun bukan lagi satu masalah yang asing buat semua.Lantaran itu,cermin mata dicipta bagi memulihkan masalah rabun dekat mahupun rabun jauh.Dengan kecanggihan teknologi yang ada hari ini secara tidak langsung ia membawa perubahan terhadap pemakaian cermin mata.Bagi mereka yang mempunyai masalah penglihatan,cermin mata kini menjadi pilihan kedua semenjak kehadiran kanta lekap sebagai alternatif baru bagi memulihkan masalah rabun.

CERMIN MATA

 

Seperti yang telah dijelaskan,pemakaian cermin mata rabun berfungsi untuk memulihkan masalah rabun jauh mahupun rabun dekat.Namun apa yang membuatkan cermin mata kini menjadi pilihan kedua dan apa yang membuatkan kamu masih memilih cermin mata untuk membantu menjelaskan pandangan kamu?



KEBAIKAN

 Penggunaannya lebih praktikal
 Sungguhpun ianya agak mahal mengikut 'power' penglihatan seseorang,namun ianya mampu bertahan untuk jangka masa yang lama
 Penggunaannya tidak memerlukan penjagaan yang begitu rapi
 Boleh dibawa dan dipakai ke mana sahaja
 Mudah dijaga



KEBURUKAN

 Muka kelihatan lebih 'nerd' berbanding wajah asal
 Kerap memakai cermin mata,akan menyebabkan kesan hitam di kiri dan kanan batang hidung
 Pemakaiannya jelas kelihatan
 Kurangnya daya tarikan
 Salah pilih bentuk cermin mata yang sesuai mengikut wajag kamu,muka akan kelihatan pelik!




KANTA LEKAP MENJADI PILIHAN

 

Di awal kemunculan kanta lekap,ianya berfungsi sama seperti cermin mata.Namun kini ia juga dijadikan sebagai sebahagian daripada akseksori.Namun bagi kamu yang rabun dan memilih kanta lekap sebagai pengganti cermin mata,pastikan dahulu kebaikan dan keburukannya.Ayuh tengok!!!



KEBAIKAN

 Lebih kemas
 Terdapat variasi warna bagi kamu yang inginkan kelainan
 Kanta lekap juga digunakan atas tujuan terapeutik ataupun kaedah rawatan bagi beberapa masalah mata
 Orang di sekeliling mungkin tidak tahu kamu mempunyai masalah penglihatan memandangkan pemakaian kanta lekap tidak kelihatan
 Pemakaiannya agak rumit dan perlukan penjagaan rapi mampu mendisiplinkan kamu dalam penjagaan mata






KEBURUKAN

 Ianya amat sensitif
 Penggunaannya perlukan penjagaan yang cukup rapi.Dan perlu mengikut tempoh masa tertentu
 Mudah berlaku jangkitan pada mata jika tidak dijaga dengan betul
 Jika jangkitan dibiarkan,masalah kesihatan mata individu akan terjejas risiko sakit mata akan menjadu bertambah teruk dan lebih bermasalah
 Pemakaian produk murah mampu memberi risiko yang tinggi terhadap mata





Please like and comment. ;)




Photobucket

You Might Also Like

2 marshmallow komen