Tips Cantik Selebriti Barat

4:03 PG


Kecantikkan dan fesyen tak dapat dipisahkan oleh perempuan tidak kira peringkat umur.Yea,d'ya tak nafikan sebelum ni d'ya tak pernah ambik kisah tentang pakaian dan kecantikan.Apabila umur d'ya semakin meningkat remaja,d'ya mulai sedar bahawa pentingnya menjaga penampilan diri dan kecantikan.Hari ni,d'ya nak share tips cantik macam selebriti barat.Nak tahu?Jom terjahh...Zasssss.. ;)


Jennifer Love Hewitt

 

Jennifer Love Hewit,pelakon siri Ghost Whisper ini mempunyai kulit yang sihat dan selalu nampak hebat walaupun tidak mengenakan sebarang solekan.Dan bagi si cantik manis ini juga,dia mempunyai caranya yang tersendiri untuk membuang jerawat di mukanya.Setiap kali berhadapan dengan masalah jerawat,Jennifer akan meletakkan ubat gigi pada jerawatnya setiap kali sebelum masuk tidur.


Rihanna

 

Bagi penyanyi popular Rihanna ini,jadual seninya memang sentiasa padat dan membuatkan dirinya sering tidak bertenaga.Tetapi Rihanna tidak pernah mendukacitakan para peminatnya.Lihat sahaja penampilannya yang sentiasa bertenaga di samping kulit yang sentiasa cantik.Bagi Rihanna untuk mendapatkan kulit yang segar,dia menggunakan bedak debu berwarna 'bronze' sebagai asas solekannya.Sapuan di dahi,dagu,hidung serta pipi membuatkan dia sentiasa nampak 'mahal'.


Jessica Biel


Bagi memelihara keremajaan kulitnya,kekasih hati Justin Timberlake ini akan mencampurkan gula dengan pencuci mukanya.Ia akan digunakan sebagai skrub.Menurutnya lagi,selain gula adakalanya dia juga mencampurkan pencuci mukanya dengan garam atau oatmeal.Hasilnya,kulit muka tidak akan terluka dan sel-sel kulit mati juga secara lembut dapat dibuang keluar.


Naomi Watss

 

Bagi pelakon jelita ini,mudah sahaja untuk memiliki kulit muka yang cantik.Naomi sendiri sentiasa mengelak dari mengambil makanan ringan di samping melakukan rawatan muka enam hingga lapan kali setiap minggu.Menurutnya lagi,rajin berjalan sambil menghirup udara segar pun turut menyumbang untuk memperoleh kulit yang sihat.Selain itu cuba kurangkan mengenakan solekan agar kulit kamu boleh bernafas,minum air dengan banyak serta dapatkan tidur yang cukup.




P/S : Simple jer kan tips artis barat kita ni.D'ya jeles tauu tengok kulit dorang cun melecun oo.Cemburunya.Kawan-kawan apa lagi?Jangan lupa amalkan tips ni tau di samping memicit like and Miss Nuffnang d'ya marshmello okayy. ;)




Photobucket

You Might Also Like

4 marshmallow komen