Fesyen Kardigan Sama Tapi Tak Serupa

11:17 PTG


Kardigan mula memasuki industri fesyen pada tahun 1940 di mana pada zaman tersebut kardigan dijadikan sebagai satu fesyen dan bukan lagi dilihat sebagai baju pemanas badan.Dari masa ke semasa penggunaan kardigan terus mendapat perhatian dan mula dipakai secara lebih elegan oleh peminat fesyen.





Perubahan Zaman
Antara perubahan yang boleh dilihat antara dulu dan sekarang tentang kardigan ialah dahulunya kardigan hanya diperbuat daripada bulu kambing biri-biri kini mula diperluaskan dengan penggunaan fabrik lain seperti kain kapas serta sutera.Ini bertujuan bagi memberikan keselesaan kepada si pemakai dan menyesuaikannya mengikut cuaca.Keduanya,pemilihan warna kardigan pada zaman dahulu kebanyakan bersifat lembut tetapi kini telah berubah kepada warna-warna yang lebih terang.Begitu juga dengan coraknya dari kreativiti dari pereka-pereka fesyen yang terpenting.Lebih menarik lagi,penambahan tali pinggang,butang yang lebih besar pada kardigan menjadikannya lebih unik.

Terus menjadi perhatian

Pereka-pereka terkenal kini masih menjadikan kardigan sebagai antara konsep terpenting dalam menghasilkan rekaan yang menarik.Antara kelainan yang telah dibawa oleh pereka-pereka terkenal ialah 'ultra-long to knees model' yang juga boleh digunakan sebagai 'coat'.



INFO 3 sebab kamu perlu memakai kardigan

  Fleksibel - Kamu boleh menggayakannya dengan apa-apa gaya dan keadaan.Contohnya kamu boleh menggayakannya ke kelas,ke pejabat dan keluar makan dengan si dia atau berjumpa dengan teman-temanmu.Lebih sopan dan tetap bergaya.


 Baju persediaan - Kamu boleh memakainya ketika menonton wayang untuk mengelakkan kesejukan dan meletakkannya di dalam beg sandang kamu,apabila kamu tidak memerlukannya.Kamu akan sentiasa tampil cantik dan selesa walau apa pun keadaannya.


 Selebriti juga memakainya! - Lihat sahaja Nicole Richie dan Jessica Alba menggayakannya dengan dress atau skinny jeans,kamu pasti tampil sehebat mereka.




Photobucket

You Might Also Like

6 marshmallow komen