Isu Tarian Poco-Poco Diharamkan

3:39 PG




Makcik pun menari poco-poco

Assalamualaikum kepada semua.D'ya mintak maaf sebab lambat update entri dalam blog ini sebab tahun ni d'ya busy sgt2.Ini pon baru je balik dari aktiviti kokurikulum.Huh,tajuk di atas membuatkan kita suspen buat seketika.Lalu tidak terkata.Eh,apa yang i merepek ni.Okay2,mesti ada di kalangan korang yang pernah menari tarian poco-poco ni.



Isu tarian poco-poco ini diharamkan membuatkan d'ya sendiri terkejut.Kisahnya bermula waktu cikgu PJ (pendidikan jasmani) kita orang nak buat tarian poco-poco untuk menggantikan permainan lain.Lagipun cikgu sekolah kami nak la jugak buat acara sukan lain like tarian poco-poco ke senam aerobik ke?Tetapi malangnya acara tersebut tak dapat diteruskan disebabkan pengharaman tarian poco-poco ini.Serius la d'ya baru tahu.Lagipun d'ya minat sangat tarian poco-poco ini.



Kadang-kadang rasa khusyuk benar and enjoy gila menari tarian poco-poco ini.Yela,kadang-kadang d'ya tengok para makcik-makcik khusyuk benar menari sambil angkat kaki.Sudah menjadi trend zaman sekarang,tarian poco-poco juga dipersembahkan sewaktu kenduri kahwin.Betul tak?Lagipun d'ya memang minat giler dengan tarian ini dan d'ya sendiri tak nafikan yang d'ya tak menentang aktiviti senaman ini kerana ianya dilakukan untuk tujuan kesihatan dan dapat mengeluarkan peluh.Tambahan pula,hari tuh d'ya search info dekat google dan d'ya terjumpa satu artikel yang mengatakan isu pengharaman tarian poco-poco.Lagipun d'ya tak pasti la sama ada ia betul-betul diharamkan atau tidak.Jikalau benar sekalipun maka kita sebagai orang Islam harus meninggalkannya.Tak usahlah menari tarian poco-poco lagi.Kalau nak sangat cari la tarian lain.Ala,tak syoknya.Heheh.Okay,baca artikel di bawah dan telah dicopy paste dari satu laman website.


.:: Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco ::.  
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tentang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika menghadiri kursus.
Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.
Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.
Marilah kita sama2 fikirkan.
Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang
perkara ini sebelum ini.
Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.


Hah,dah baca kan.Ni artikel yang d'ya copy di satu laman website.Siapa yang tak pernah menari tarian poco-poco kan.Lagipun tarian ni memang famous kat Malaysia sebagai tarian untuk tujuan kesihatan.Entah la,d'ya pon tak berani nak cakap lebih sebab d'ya bukanlah pakar dalam bab-bab agama.Bukan nak kata d'ya ni berlagak nak tunjuk baik,tapi just berkongsi info.Kalau ia benar,maka anda tahu apa langkah yang perlu dibuat.Apa pulak pendapat korang?? 



Photobucket

You Might Also Like

5 marshmallow komen