Resepi Puding Roti

6:57 PTG

Tadi d'ya ada godek-godek Google terjumpa la resepi puding roti.D'ya still ingat dulu kan waktu d'ya kecik-kecik time sekola rendah mesti hari-hari d'ya beli puding roti.Rasanya memang sedap dan ummpph!Memang rugi la kalau tak cuba.Sampai sekarang bila nampak je puding roti,mesti d'ya teringatkan kat makcik kantin sekola agama d'ya dulu.Hehe,jom kita mulakan pembelajaran kita pada hari ini.

Puding Roti





Bahan-bahan:-

 1 camca besar margerin
 1/2 cawan gula(kalau suka manis lebihkan)
 1 biji telur
 1 cawan susu segar
 1 camca besar serbuk milo
 2 camca besar tepung jagung
 6 keping roti dipotong enam
 secubit garam

Cara-cara:-


 Gaulkan gula dan magerin sehinggga sebati.
 Masukkan telur dan pukul sehingga sekata.
 Masukkan susu, serbuk milo, tepung jagung dan garam. Gaul sehingga sebati.
 Masukkan roti yang telah dipotong dan kacau.
 Masukkan dalam loyang dan kukus selama 45min dengan menggunakan api yang sederhana.



Hidangan:-

 6 orang



P/s: Hek'eleh,senang jer nak buat puding roti sebenarnya.Nanti nak try buat la..Hehehe.:) Selamat mencuba. :D







Photobucket

You Might Also Like

4 marshmallow komen