10 Cara Romantik Memohon Maaf

6:48 PG



Assalamualaikum semua..Wahh rindu gila la dengan blog.Dah lama tak post entri terbaru.Hal maklumlah sekarang ni d'ya busy dengan exam dan perkembangan D'ya Marshmello sekarang ni ialah d'ya busy dalam menjalani latihan untuk show tarian untuk perkhawinan Dato' and pertandingan tarian peringkat KL seterusnya wakil sekolah untuk peringkat negeri.Wah,excitednya bile rezeki semakin mencurah-curah.Alhamdulillah ni semua rezeki dari Allah.Anyway d'ya tetap utamakan pelajaran..Post kali ini berkisarkan tentang 10 cara romantik memohon maaf.Ini khas untuk pasangan couple or yang sudah berkawin.Ingat pesan d'ya,jangan lokek dan ringankan mulut untuk meminta maaf kalau kita ada buat salah.Lagipun kita tak perfect kan?Jom lihat tips ini :-





 Hulurkan sejambak bunga ke rumah atau ke pejabatnya.Jangan lupa selitkan sekali kad ucapan yang ditulis dengan kata-kata indah untuk memujuknya. Lebih romantik jika bunga pilihan kamu adalah bunga kegemaran dia


 Coklat boleh memberikan ketenangan kepada mereka yang sedang berduka lara.Jadi hadiahkan kepadanya sebagai tanda kamu memohon maaf.Paling romantik jika coklat tersebut kamu suapkan ke mulutnya sebagai tanda kamu begitu mencintainya dan tidak boleh hidup tanpanya di sisi


 Tulis sebuah kad ucapan yang memuatkan 10 ALASAN mengapa si dia perlu memaafkan kamu.Sebab pertama sudah tentulah kamu amat mencintainya dan tidak mahu kehilangannya


 Bagi mereka yang agak jiwang atau meminati muzik,apa kata kamu tujukan sebuah lagu kepadanya melalui radio kegemaran kamu berdua dengan ucapan memohon maaf.Tambah romantik jika kamu sendiri yang menyanyikan lagu tersebut.Wahhh,romantiknya, :)


 Jika berkesempatan,tunjukkan kemahiran memasak kamu.Sediakan menu kesukaannya dan layanlah si dia sebaik mungkin.Dengan layanan yang baik serta hidangan yang lazat,si dia pasti melupakan rajuknya


 Apa kata kamu bawa si dia ke pusat-pusat percutian kegemarannya yang mampu memberikan ketenangan.Pasti sweet kan?


 Imbas kembali kenangan-kenangan manis yang tercipta di antara kamu berdua.Dengan kenangan manis tersebut,mohonlah maaf secara ikhlas dan nyatakan kekesalan kamu di atas segala masalah yang terjadi


 Hantarkan sekeping kad memohon maaf dan sekuntum bunga ke kediamannya.Si dia pasti akan terharu melihat kesungguhan kamu yang sanggup bangun awal pagi semata-mata untuk menyatakan maaf


 Ada juga individu yang tidak mempercayai daya tarikan yang ada pada sekeping kad atau sejambak bunga untuk meminta maaf.Kalau begitu gunakan kata-kata indah yang paling romantik untuk memohon maaf


 Cara terakhir,apa kata kamu hantarkan SMS atau e-mel yang mampu mebuatkan si dia ketawa.Pasti si dia gembira.


p/s: Apa lagi,jom amalkan tips ini :) suka? LIKE la yeaa... :)


Photobucket

You Might Also Like

0 marshmallow komen