Apa faedah kalau kita jadi sombong?

9:38 PTG



Assalamualaikum dan salam 1Malaysia buat follower disayangi dan stalker-stalker sekalian.Entri kali ni pasti mengegarkan dunia.So harap-harap cerita ni dapat dijadikan pedoman untuk semua.Bagi diri d'ya,pengalaman yang lalu dapat membuatkan hidup d'ya lebih baik dari sebelumnya.Tapi kenapa kita taknak belajar melalui kesalahan dan pengalaman?Apa faedah kalau kita menjadi sombong..?????




Semakin lama terlibat dalam dunia blog membuatkan raca cinta terhada dunia blog semakin mendalam apatah lagi mendapat galakan dan d'ya dapat menulis isi hati d'ya di samping dapat berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat. Tetai kenapa orang lain cop d'ya membuat blog hanya untuk menjadi popular dan menunjuk-nunjuk?Langsung tak terlintas di dalam hati d'ya membuat blog semata-mata duit dan untuk meningkatkan populariti.Apa faedahnya?Paling d'ya terkilan apabila orang cakap d'ya sudah mulai sombong dan lupa diri sedangkan d'ya tetap d'ya yang dulu.Mungkin d'ya berubah dari segi percakapan dan gaya hidup.Tapi tak salahkan berubah ke arah kebaikan?Tapi masih lagi ada yang tak puas hati dengan d'ya.




Sory! I'm not perfect dan terserah untuk awak nak cakap dan cop saya apa sahaja.Saya terima dengan redha.Saya bukan berlagak dan saya tahu apa yang saya buat.D'ya paling ingat cerita yang melibatkan kapal Titanic yang karam suatu masa sahulu.Kisah tenggelamnya kapal Titanic menjadi ingatan hampir semua orang di seluruh dunia.Ramai yang yg turut bersedih dgn kejadian yg menimpa kapal mewah itu.Tetapi apakah sebenarnya yg mjadi penyebab Titanic tenggelam?Hampir semua org tahu bahawa kapal Titanic tenggelam kerana terlanggar bongkah ais ketika dalam perjalanan menuju kutub utara?




Ada juga yang berpendapat bahawa karamnya kapal Titanic kerana hukuman yang Tuhan berikan disebabkan sikap alpa manusia di atas kapal itu.Namun tahukah you all bahawa kapten kapal itu dgn bangganya mengatakan bahawa kapal mewah tersebut tidak akan karam di lautan kerana teknologi yg digunakan benar-benar canggih.Sehingga dia berani mengatakan TUHAN PUN TIDAK MAMPU MENENGGELAMKAN KAPAL TERSEBUT.Nauzubilahh!Sungguh angkuh sikap si kapten kapal.Dan sebagai pembalasannya kapal Titanic berlanggar dgn bongkah ais sehingga myebabkan kapalnya karam hingga mengorbankan banyak nyawa.



Kisah sejarah sebegini benar-benar memberi impak kepada diri d'ya.Bukan bermaksud d'ya sama seperti kapten kapal Titanic itu tetapi hanya menjadikan kisah ini sebagai panduan hidup.Usahlah kita bersikap riak,takbur,sombong dan bangga dgn apa yg kita ada kerana tidak mustahil suatu hari nnti semua itu akan ditarik semula.Ingatlah kawan2 bahawa dunia ini hnya sementara. Setakat ini sahaja celoteh d'ya marshmello.Yang baik datang dri Allah dan yang buruk datang dari d'ya sendiri.Assalamualaikum. =_=



Photobucket

You Might Also Like

0 marshmallow komen