Benarkah Wanita Sertai Pasukan Beruniform Hilang Sifat Feminim?

12:03 PTG


Malam ni d'ya dalam mood jiwang karat.Sambil bosan-bosan mengadap laptop kesayangan.Apa lagi kalau post entri terbaru bertajuk "Benarkah wanita sertai pasukan beruniform hilang sifat feminim?" Ewaah,mentang-mentang topik hot laju je korang buka eh?Apa pendapat korang tentang isu paling hot ni.



Serius d'ya suka sangat aktiviti lasak macam pekerjaan askar misalnya. Mungkin faktor keturunan kot sebab ayah d'ya tentera jugak.Jangan main-main tau,kalau tak habis korang kena tembak dek senapang gajah.Haiyaa,apa la d'ya ni merepek je kan.Lagipun aktiviti lasak dah sebati dalam diri d'ya.Jadi kalau kat sekolah ada camping,d'ya lah orang pertama yang join.Faktor lain maybe sebab dulu waktu d'ya form 1 d'ya ni ala-ala tomboy tau.Tengok je muka lembut + ayu.Tapi itu dulu la,sekarang D'ya Marshmello adalah d'ya yang pandai dress up + make-up dan penari sekolah lagi.Hahaha :)


Berdisiplin,tegas dan lasak antara perwatakan wanita yang terlibat dalam pasukan beruniform seperti polis,tentera,bomba,Rela dan sebagainya.Tidak kurang juga ada yang beranggapan wanita yang memilih kerjaya dalam bidang ini bersifat tomboy atau mempunyai sikap yang agak kasar sehingga sedikit sebanyak menghilangkan aspek feminim yg ada dalam diri mereka.Jom usha sikit pendapat kaum adam tentang isu ni. (kredit: Majalah Wanita)
 Tegas hanya ketika bekerja - Mohd Alzanizam
"Pada saya wanita yang bekerja dalam bidang beruniform berbeza perwatakan yg dibawa berbanding wnita biasa.Malah, pemikiran mereka juga lebih kreatif. Memang tak dinafikan mereka nampak tegas dan lasak,tapi itu ketika mereka menyarungkan uniform.Tetapi selepas waktu kerja,mereka juga seperti wanita lain yang mahu bergaya dan berfesyen."kata Mohd Alzanizam.

 Perlu lasak agar keupayaan diakui - Rusdi Darus
"Tidak betul anggapan sedemikian hanya kerana gaya yg lasak dan agresif.Jika mereka lembut bekerja,bagaimana orang ramai mahu menaruh kepercayaan terhadap keupayaannya ketika menjalankan tugas..Hakikatnya mereka juga seperti wanita biasa lain yang mendirikan rumah tangga dan melahirkan anak."kata Rusdi Darus



Ha,sekarang kita dah dengar luahan kaum adam tentang isu ni.Pendapat d'ya la kan,tak salah kot kalau seseorang wanita tu pilih pasukan beruniform sebagai kerjaya.Best apa lasak-lasak ni.Tapi yang penting ia tak menjejaskan sifat keperempuanan seseorang sudah.Jadi jangan salah anggap tentang isu ni.Apa pula pendapat anda?


p/s: teringin nak masuk askar.Ayah cakap dapat je result bagus terus masuk UPNM.huuuu ~ 


Photobucket

You Might Also Like

0 marshmallow komen