Perlukah Ada Lagu Dalam Blog?

8:15 PTG



Assalamualaikum semua kepada pakcik makcik,adik kakak and silent readers. Huhu,kalau ada silent readers la sebab blog D'ya Marshmello tak la famous macam blog2 lain.Yela,d'ya ni siapa kan?Ececececeh,merendah diri pulak.Hari ni kan d'ya tak pegi sekolah sebab demam.Patutlah semalam waktu belajar pening pale jer.Yang pastinya bila exam nak menjelang mulalah nak demam la.Macam tahu2 je exam nak dekat.Kali ini d'ya nak sharing entri "Perlukah Ada Lagu Dalam Blog?"




Ha,isu ini selalu sangat dibangkitkan oleh para bloggers semenjak dua menjak ini.Dan d'ya juga tak ketinggalan nak join sekali isu semasa ini yang mengalahkan isu gempa bumi ni.Macam-macam pendapat yang ada.Korang rasa perlu ke letak lagu dalam blog?Walaupun benda ni dah lama diperkatakan,d'ya nak ulas balik tentang isu ni.Tapi jom kita lihat apa sebenarnya kebaikan dan keburukan letak lagu dalam blog?

Kebaikan
 
 Blog anda menjadi ceria
 Pembaca takkan bosan kalau baca entri anda
 Dapat menaikkan mood untuk orang lain blogwalking
 Nampak sesuatu blog cool kott. :) hehe

Kadang-kadang kita selalu ambil mudah dalam hal yang berkaitan macam isu kali ini.Tapi pendapat d'ya la,itu terserah kepada tuan punya blog sebab itu blog hak dorang,suka hati dialah nak letak lagu apa pun kan.Tapi berpada-pada la.Jangan sampai orang lain dengar lagu yang kurang enak dari blog korang sudah.Kebaikan dah tahu,jom pula lihat keburukkannya. :)

Keburukan 
 Blog bertambah berat
 Memekakkan telinga para blogger yang kunjung ke blog anda
 Tak semua orang suka dengan lagu kita
 Menganngu konsentrasi pelawat
 Menyebabkan implikasi sakit jantung.haha :)

Ingat,setiap perkara dekat dunia ni ada kebaikan dan keburukannya tau.Tapi paling d'ya bengang sekali bila datang blog yang ada lagu rancak.Nak sakit jantung dibuatnya,terkezut you all tahu tak.Macam nak pergi disko je.Lagi satu mereka yang membuat muzik hidden.Lagi la bengang sampai tak boleh pause lagu tu.Kalau lagu best takpe la jugak kan?So nak taknak terpaksa la tekan butang pangkah [x] dan tak memasal blog anda kurang dikunjungi oleh orang ramai. 

Penyelesaian yang boleh dibuat
 Jangan buat autoplay (muzik tanpa butang pause)
 Pilih muzik yang menenangkan dan tak rancak
 Guna muzik instrumental macam blog d'ya ni.Heheh
 Kalau taknak jugak,tak payah la letak lagu.Habis cerita?

Tapi pendapat d'ya la katakan,tak salah kalau nak letak lagu dalam blog,tapi pemilihan lagu biarlah betul.Sebab matlamat kita untuk berblog untuk menarik minat orang lain baca post kita.So,fikir-fikirkanlah yang mana lagi bagus?Kalau d'ya kan,d'ya letak lagu instrumental dalam blog.Baru la pembaca rasa tenang dan damai.Eh,betul ke?Memandai jela aku ni.Macam d'ya pula pembaca blog ini.Sila la like beramai-ramai untuk share information ni.Lagi bagus picit butang komen. :)


p/s: d'ya tertanya-tanya,korang rasa kan blog d'ya sesuai ke tak letak lagu?



Photobucket

You Might Also Like

2 marshmallow komen