10 perkara kamu patut bersyukur

3:58 PG

Apa perkara yang paling mudah di dunia ini? Mengeluh??Pastinya itulah jawapan dari kamu.Tanpa diminta sekalipun kamu akan mudah memberikan 1001 jawapan apa yang kamu keluhkan dalam hidup. Dalam blog D'ya Marshmello,D'ya akan nyatakan 10 perkara mangapa kamu harus bersyukur.

:heart7: Masih mempunyai keluarga dan bukannya anak yatim piatu ataupun terbiar tanpa ada arah tuju

:heart7: Sihat dan tidak perlu bayar untuk bernafas.Semuanya percuma

:heart7: Tidak perlu tidur beralaskan bumi berlangit bintang

:heart7: Masih boleh mendengar muzik,mencium bau makanan yang sedap-sedap dan bergosip sampai puas

:heart7: Mempunyai kawan untuk diajak makan bersama,ada kawan untuk dihubungi ketika kamu bosan dan ada kawan untuk diajak berjalan-jalan di hujung minggu

:heart7: Berkesempatan untuk sekolah.Biarpun penat untuk mengulangkaji pelajaran dan menghadapi pelbagai peperiksaan,namun percayalah ramai orang yang mengimpikan untuk berada di tempat kamu hari ini

:heart7: Kamu masih mampu ketawa menonton filem komedi

:heart7: Menangis saat melihat sesuatu yang mengharukan biarpun tidak ada apa-apa hubungan dengan kamu.Ini bermakna kamu masih manusia yang punya perasaan

:heart7: Masih berkesempatan dan mampu membeli hadiah untuk teman,keluarga dan orang teristimewa

:heart7: Ingin melihat filem bagus cuma tinggal pergi sahaja menonton di pawagam, ingin tengok konsert artis idola kamu tinggal beli tiket dan masuk sahaja ke konsert? Hmmmm nasib kamu baik sangat kan?



Photobucket

You Might Also Like

0 marshmallow komen