Bila remaja dilanda demam gajet

4:21 PG


D'ya paling rimas kalau melihat orang memandu sambil berbual di telefon.Bila melihat kereta dipandu perlahan di lorong laju atau ada ketikanya sedikit ke kiri dan kanan.Ada yang seperti tidak sedar dia memandu di jalan raya yang penuh dengan kereta.Lebih menyakitkan hati ada juga yang ber'sms' sewaktu memandu.Aduhh! apa mahu jadi dengan orang Malaysia sekarang? Ada 'head phone' tak mahu diguna pakai,konon canggih sangat mengenai IT.


Apa yang ingin D'ya kongsi ialah sikap sesetengah pemandu yang gemar sekali memotong dan mencelah tanpa memberi sebarang signal.Memang sakit jiwa la dibuatnya.Kalau diikutkan panas hati,tidak kuasa mahu memberi ruang tetapi bila difikirkan kesian la pulak.D'ya rasakan kesedaran sivik sudah semakin menipis di kalangan masyarakat kita terutamanya.Begitulah penangan teknologi baru yang memaparkan kecanggihan.Mustahil la kalau rakyat Malaysia kita tiada Facebook, Twitter dan sebagainya.Itu belum masuk telefon pintar,MP3 dan macam-macam lagi la.Budak-budak remaja begitu cepat terpengaruh dengan perubahan teknologi ini.Mungkin hari ini kita membeli tekefon pintar terbaru 4G tetapi tidak mustahil enam bulan lagi keluar pulak 5G atau 6G.Wah,memang gempak habis! 


Harganya pula bukan murah,produk baru mestilah ribuan ringgit tetapi remaja kita mampu memilikinya.Mereka sanggup menghabiskan wang PTPTN atau wang poket sekolah semata-mata untuk mendapatkan gajet terkini.Lihat saja remaja sekarang,telefon dua tiga di tangan,itu belum kira barangan lain.Untuk you all,awas dan berhati-hati.Yang paling penting jangan cepat sangat terpengaruh dengan gajet terkini.Renung2kanlah.Setakat ini saja,kalau  berminat berkongsi pendapat,apa salahnya komen kan?


Photobucket

You Might Also Like

6 marshmallow komen