Perkara kecil namun bermakna buat wanita

3:40 PG

Perkara yang bermakna buat wanita bukanlah hanya dengan memberikan mereka hadiah yang mahal seperti kereta,emas,berlian mahupun rumah yang cantik.Sebenarnya perkara-perkara kecil yang dilakukan oleh suami boleh saja memberi kesan yang besar dan bermakna buat diri mereka.Tindakan-tindakan yang mudah ini boleh membuatkan isteri rasa benar-benar dicintai dan disayangi.

:sun: PUJIAN MESKIPUN TANPA SOLEKAN
- Ketika baru bangun dari tidur,suami memuji kecantikan.Tentunya perkara ini datang dari keikhlasan hati.Malah pujian sebegini memberi mood dan membuat dirinya ceria sepanjang hari.

:sun: MENDENGARKAN KELUHAN
- Setelah sepanjang hari bekerja, wanita selalunya  mahu meluahkan apa yang dilalui.Ketika suami medengar luahan ini tanpa menghakimi,isteri akan berasa lega dan merasai dirinya punya pasangan yang cukup memahami.

:sun: BANTUAN TANPA DIPINTA
- Ketika isteri sedang membawa barang berat,suami pantas membantu tanpa perlu diminta.Begitu juga tindakan suami membantu kerja-kerja rumah tatkala melihat isteri kepenatan.Ini memberi petanda bahawa suami begitu prihatin tentang dirinya.

:sun: MEMIKIRKAN HAL-HAL KECIL
- Ketika gula atau kopi di rumah sudah habis,tanpa diminta si dia sudah membelikannya untuk anda.Ketika suami mengingati perkara-perkara yang dilupainya isteri,suami akan makin dicintai.

:sun: MEMBUATKAN TEH
- Suami memang suka bila isteri melayani makan dan minumnya.Tapi jika sesekali suami pula berbuat demikian pada isteri,tentunya isteri rasa gembira dan bahagia sekali.Dijamin isteri akan tersenyum sepanjang hari.


Photobucket

You Might Also Like

2 marshmallow komen