Tips Tingkatkan Traffik Blog 2

2:26 PG


Trafik umpama nyawa bagi sesuatu laman web atau blog jadi tidak ada gunanya anda mempunyai blog yang lawa atau biasa-biasa sahaja tapi tidak mempunyai pengunjung. Oleh itu saya cuba mempraktikkan pada blog saya dahulu baru saya dapat berkongsi dengan anda.
1. Sentiasa menulis artikel setiap hari
Blog anda akan mendapat trafik sekiranya anda menulis artikel setiap hari. Sekurang-kurangnya 1 artikel. Tetapi ia juga bergantung pada kemampuan anda kerana tidak semua sanggup menulis artikel setiap hari. Paling minimum anda cuba menulis satu artikel selang 2 hari. Yang lebih penting anda menulis sendiri artikel tersebut baru nampak artikel itu asli dan Google memang suka pada artikel-artikel yang asli. Topik apa? Bergantung pada tema blog anda. Macam blog saya mengandungi artikel mengenai blogging, pemasaran internet, WordPress, info kesihatan dan HPA. Jadi agak banyak juga idea untuk saya menulis artikel dan saya terpaksa kerja keras untuk menulis dengan bernas :) .
2. Kunjungi blog rakan-rakan anda dan tinggalkan komen
Ini adalah cara biasa untuk mendapatkan trafik dari blog rakan-rakan anda dengan cara kita kunjungi blog mereka dan meninggalkan komen kepada blog rakan anda. Memang nampak leceh kerana memikirkan berapa banyak blog anda perlu lawat untk meletakkan komen?! Percayalah lambat laun anda akan menjadikan satu rutin harian dalam mengunjungi blog-blog rakan anda. Tambahan lagi anda juga dapat menambah kenalan secara online. Satu pahala dalam menjalinkan silaturrahim Insya Allah.
3. Daftarkan blog anda atau menghantar artikel ke direktori atau laman web komuniti blogger
Tujuan mendaftarkan blog anda atau menghantar artikel ke dalam direktori atau laman web komuniti blogger adalah untuk membantu blog anda dapat dicapai oleh Google dengan mudah. Ini adalah kerana laman web komuniti blogger mempunyai trafik yang tinggi serta mampu membantu blog anda tersenarai di dalam keputusan carian di Google. Antara laman web komuniti blogger dan direktori blog yang boleh anda daftar atau menghantar artikel ialah:
dan banyak lagi direktori dan laman web blogger tempatan yang boleh anda daftar dan bergiat aktif untuk menaikkan trafik ke blog anda.
4. Pasang butang Alexa di blog, Alexa toolbar dan Alexa addons di Firefox
Sila pasang butang Alexa untuk menunjukkan ranking trafik anda terkini. Jangan risau untuk buat permulaan memang akan nampak seperti tidak laku sahaja blog anda tetapi lama kelamaan nombor ranking trafik anda akan mengecil lambat laun. Apabila terdapat pengunjung singgah ke blog anda, butang di bawah ini akan merekodkan bahawa terdapat seorang pengunjung. Apa tunggu lagi dapatkan butang seperti di bawah ini di laman web Alexa sekarang.
Alexa Certified Traffic Ranking for http://syafrizal.net
Demikian teknik mudah untuk mendapatkan trafik. Mungkin ini pernah anda lakukan atau anda sudah ketahui tetapi saya ingin berkongsi dengan anda semua hasil dari teknik di atas. Lihat screenshot di bawah.


Kredit: Syafrizal

Photobucket

You Might Also Like

0 marshmallow komen