Benarkah 'Cantik' Syarat Cinta?

2:02 PG


Ramai di antara kamu yang taksub untuk cantik bukan sahaja kerana mahu diri sentiasa menjadi perhatian malah ingin dicintai oleh insan tersayang.Jadi tidak hairanlah kalau ada yang sanggup lakukan apa sahaja sehingga berhabis-habisan melakukan rawatan kecantikan, suntikan dan sebagainya untuk cantik. Namun berbaloikah? Andai benar cantik itu sangat penting dalam sesebuah percintaan mengapa ramai insan yang cantik terus kesepian tanpa cinta?
Fikir-fikirkanlah dan tips D'ya Marshmello berikut mungkin akan membantu! love

: Heart7: Jika seseorang lelaki mengatakan dia mencintai kamu semata-mata kerana kecantikan awas, kamu mungkin akan ditinggalkan apabila sudah tidak cantik lagi.Jika seorang lelaki mengatakan dia sanggup berkorban apa saja demi cintanya kepada kamu dan apabila kamu bertanya mengapa, dia memberitahu 'kerana terpesona dengan wajahmu' awas kamu akan ditinggalkan apabila wajah kamu tidak lagi mempesona.

: Heart7: Jika kamu memiliki wajah yang cantik, usah terlalu gembira sebab mungkin kamu akan bertemu dengan lelaki yang salah.Jika kamu hodoh jangan pula bersusah hati sebab lelaki sejati adalah mereka yang menilai wanita secara tersendiri.Cinta dibibitkan oleh kecantikan dan ketampanan semata-mata biasanya tidak kekal hingga ke hujung.

: Heart7: Kecantikan adalah tiket kebahagiaan tetapi tiket itu tidak valid sepanjang zaman.Ada ketikanya tiket itu akan sampai ke tempoh tamat, hanya mereka yang tidak terlalu meletakkan kecantikan sebagai tiket percintaan akan kekal, selain dan selebihnya akan mengorak langkah pergi.

: Heart7: Bagaimana cantik pun akan pudar,bagaimana tampan pun akan hilang. Kecantikan atau ketampanan bukan teras keintiman.Ia alat untuk menikmati sebahagian kehidupan yang terbaik, namun ia bukan yang terbaik.Wajah yang indah dipandang akan menjadi cuka yang memasamkan kehidupan jika lain-lain tidak cantik.

: Heart7: Kopi pasti akan pahit, jika dibiarkan berdiri dengan sendiri.Namun kopi menjadi enak apabila digandingkan dengan gula dan susu.Kamu cantik, maka kamu boleh berdiri sendiri tanpa keperibadian dan iman yang padu kamu.Ibarat kopi tanpa gandingan gula dan susu.Selama mana boleh bertahan? Sebaik-baik kopi pahit dinilai dari sudut kepahitannya, tapi apabila ada kopi bersusu dan bergula, ia sentiasa lebih disukai dan akan terus disukai.Betul tak?

: Heart7:Jadi apa pula pandangan anda? Benarkah 'cantik' syarat cinta?
                    Jadi jangan lupa luahkan pendapat anda di 
                  ruangan komen untuk kebaikan kita bersama

Photobucket

You Might Also Like

0 marshmallow komen