Tips Tetap Cantik Biarpun Kepenatan

4:38 PG


Kebiasaanya selepas melayan tetamu dalam apa-apa majlis atau pada hari raya umumnya, kamu tidak boleh lari dari melayan tetamu dan melawat saudara mara serta teman-teman.Terlalu sibuk sehingga adakalanya kamu terasa begitu penat.Ia bukan sahaja boleh menjejaskan 'mood' malah penampilan kamu juga akan rosak dan nampak tidak terurus.Pasti kamu tidak mahu nampak selekeh di hari istimewa.Tambahan lagi kalau si dia bercadang ingin berkunjung ke rumah kamu.Tentunya kamu mahu tampak cantik sentiasa.Jadi bagaimana pastikan kamu tetap nampak bertenaga, ceria serta sempurna walaupun dalam keadaan yang terlalu penat.Cuba tips ini ;)


 Gunakan sahaja pelempab wajah.Lupakan sementara bedak padat, concealer dan lain-lain ketika kamu sedang sibuk.Pelembap akan membuatkan wajah kamu bersinar dan segar.


 Vitamin E atau tablet minyak ikan kod adalah penting untuk kamu agar kulit tetap sihat dan bertenaga.


 Agar tangan terasa halus ketika bersalaman dengan tetamu yang datang berkunjung ke rumah kamu, sapukan krim atau losyen yang mengandungi vitamin E sebelum tidur.


 Elak menggunakan maskara kecuali ia dari jenis 'waterproof' terutama apabila kamu perlu melakukan kerja-kerja di dapur.Mata bukan sahaja boleh bertukar lebam malah akan membuat penampilan kamu boleh menjadi bahan ketawa orang lain.


 Pilihlah busana yang ringkas tetapi menarik dan paling penting kamu selesa mengenakan pakaian yang dipakai.Biar penat sekalipun andai selesa dengan apa yang dipakai, kamu akan tetap punya tenaga untuk terus ceria.Berbeza apabila kamu dalam keadaan tidak selesa segalanya akan dirasakan serba tidak kena.



Photobucket

You Might Also Like

0 marshmallow komen