Jumaat, 26 Ogos 2011

Jemputan Rumah Terbuka Eratkan Silaturahim


Wahh, mesti meriahkan apabila sana sini sibuk membuat rumah terbuka bagi merapatkan hubungan silaturahim.Dan tak ketinggalan juga inilah masanya untuk kamu menjemput teman-temanmu bertandang sambil makan-makan dan borak-borak.Menarik juga kan sekali-sekala dapat berkumpul bersama member tersayang.Actually D'ya tak rajin untuk mengadakan rumah terbuka tetapi cukup RAJIN menghadiri rumah terbuka.Makanan free beb siapa yang tak mahu kan? Yang penting menghadiri majlis rumah terbuka adalah untuk mengeratkan ukhuwah sesama insan.Seperti selalu dan menjadi amalan masyarakat kita di negara ini, kunjung-mengunjungi sudah menjadi tradisi.Jadi tidak hairanlah sepanjang bulan Syawal ni ramai yang mendapat jemputan ke rumah terbuka :)
Memang syok habissss !

Nah kad raya untuk korang khas dari D'ya Marshmello :)

Ha, sempena menjelang Hari Raya Aidlifitri ni, D'ya dengan sukarelanya nak bagi kad raya untuk korang.Cantik tak? Huhuhu, sekarang zaman sudah moden. Pakai je kad raya online lagi mudah dan senang kan even aku edit kad raya ni tak berapa nak cantik.Ha,tapi itu semua tak penting sebab yang paling penting ialah jangan membazir dan belanja la mengikut kemampuan.Bayangkan majlis rumah terbuka seperti kenduri kahwin.Memang bagus memberi orang makan tetapi berpada-pada apatah lagi sekarang ekonomi semakin gawat.Ingat tau!




Akhir kata, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dan di sini diri ini ingin meminta maaf jika ada khilaf dalam bergurau, terkasar bahasa ,tersalah bicara sepanjang D'ya menulis entri blog.Jumpa lagi :)


Photobucket

2 komen bernas:

mirahashime berkata...

terima kasih untuk kad raya tu :D heee

D'ya Marshmello berkata...

@mirahashime

sama-sama :) ngeheheheh

 

Designed by D'ya Marshmello

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.