Mood Raya Sudah Hilang

10:17 PG

baju raya dua tahun yang lepas, kehkehkeh..

Oleh kerana bosan di tahap yang sangat kritikal dan tidak dapat diselamatkan lagi, jadi untuk menghilangkan kebosanan yang semakin menjadi-jadi ini, terpaksa la aku paksa diri untuk taip entri blog even angka jam menunjukkan pukul 1pagi.Ha, sekarang ni mesti ramai dok sibuk buat persiapan untuk hari raya yang tak lama lagi bakal menjelang tiba dan aku sendiri sudah terbayang kan betapa sesak jalanraya time-time macam ni.

sesak giler, alamatnya memang sesak la nafasss...
Sabar jela, kalau aku yang bawak kereta time jalan jammed macam ni komfom aku mengamuk.Urghhh,mana taknya terpaksa la menunggu lama dan paling tak sedap apabila kereta kat belakang sibuk hon kereta.Lepas tu paling tak best bila kena maki.Aduhai , sabar jela..


Yang pelik aku tengok orang lain beriya-iya sibuk nak balik kampung, tapi dalam family akulah paling tak bersemangat nak balik kampung.Tak tahu la napa tahun ni rasa tak syok raya.Orang lain semua bawak berpasang-pasang dan berbundle-bundle baju, aku just bawak dua helai je baju kurung dan selebihnya just t-shirt biasa.Memang langsung tak ada semangat nak raya, sampaikan aku tak sentuh langsung beg baju sedangkan esok pagi lepas sahur terus balik kampung.Hurmmm, just ada berapa jam je tapi satu helai baju pon aku tak sentuh.Kalau boleh nak je raye sorang-sorang kat KL tapi sapa nak temankan aku? 


Jiwa kacau betul tahun ni, dah la ada macam-macam masalah, tambah lagi dengan 1001 persoalan yang bersarang dalam pale otak aku ni.Lepas tu tahun ni tak leh raya sakan sebab lepas je habis raya just ada tiga minggu exam PMR.Manyak takut maaa, adakah aku sudah ready untuk exam yang bakal menentukan masa depan aku? Adakah aku sudah mempersiapkan diri sepenuhnya untuk berjuang di dalam dewan peperiksaan? Adakah aku sudah ready?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Dan aku terpaksa berjauhan dengan orang tersayang yang jauh di mata.Even hati ni memberontak nak ulang balik kenangan raya tahun lepas, tapi apakan daya untuk aku mengundurkan masa kerna aku hanya manusia biasa.So tidak hairan la kalau nak aku katakan tahun ni tak ada feel nak raya, persiapan pon ala kadar saje.Mood raya tahun ni seolah-olah hilang macam tu je, korang rasa nape ye?


p/s : ini hanyalah sekadar coretan untuk melepaskan segala kebosanan.Sila abaikan kalau tak suka dan di kesempatan ini aku nak minta maaf if selama ini ada terkasar bahasa dan tersilap bicara dekat korang, hurmm k bye


Photobucket

You Might Also Like

1 marshmallow komen