Jumaat, 12 Ogos 2011

Resepi Karipap Pusing

Sebenarnya kalau D'ya ikut ayah keluar je pergi Bazaar Ramadan, kuih-muih yang wajib D'ya beli ialah karipap pusing.Wah, sedapnya hingga menjilat jari.Makanan feveret la katakan, memang tak sah kalau tak beli.Eee, terliur pula nak rasa karipap pusing ni.Hari ini D'ya nak berjinak-jinak belajar buat kuih-muih.Resepi masakan kali ini ialah resepi karipap pusing.Jom cuba ;)



Bahan-bahan yang perlu disediakan sebelum buat kuih ini ialah :-

 1 kg tepung gandum (1 kg tepung gandum ni boleh menghasilkan lebih kurang kira-kira 60 biji karipap)
 Untuk doh berminyak :
150 gm (75gm margerin + 75gm crisco)- gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka ataupun snowbrand shorterning tu..
300 gm tepung gandum
 Untuk doh biasa :
700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (tadi buat anggaran dalam 2 cawan lebih sikit)

Cara-cara membuatnya ialah :-
Lihat step by step okay, kalau tak komfom tak jadi kalau buat kuih karipap pusing ni.Lagipun karipap pusing ni berbeza dengan karipap biasa.Ha, jangan tersalah buat, karang tak menjadi.Apa pon tak boleh? hehe..




Langkah pertama ialah margerine + crisco di uli dengan 300 gm tepung.Uli hingga doh licin dan tidak melekat.Dekat sini baru D'ya tahu dan kalau boleh uli doh sampai seolah-olah berminyak. Kalau penat nak uli yg doh besar uli yang kecik-kecik lagi cepat.Kalau tak uli dengan betul nanti doh seolah-olah pecah.Time goreng nanti doh karipap jadi mcm berderai.Jadikan kepada 8 doh.


Langkah kedua pula ambil 700 gm tepung gandum campur air dan air garam kemudian uli doh hingga licin dan ikut juga seperti step 1 dan bahagikan kepada 8 doh.




Langkah ketiga pula ambil doh biasa dan canaikan sedikit.Kalau boleh jangan besar sangat dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.



Langkah keempat pula canaikan doh tersebut hingga menjadi nipis seperti saiz roti canai segera tu.Ingat, jangan tekan kuat sangat nanti doh melekat pada papan canai.Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian gulung seperti menggulung tikar. (**Lihat gambar di bawah**)



Langkah kelima ialah ambil doh gulung tikar itu dan canai lagi sehingga nipis dan berhati-hati semasa mencanai doh karipa pusing nih.. Biarkan bentuknya lonjong kemudian gulung semula seperti gulungan tikar.Sebenarnya kalau lagi panjang lagi bagus sebab nanti nampak lagi banyak jalur.



Langkah keenam pula ialah doh yg telah digulung kemudian dipotong kepada 4 bahagian.Ikut suka dan citarasa masing-masing.Okay, tak kira la nak besar ke nak saiz yang kecil ke semua itu terpulang okay.


Lastly goreng la kan.Takkan nak makan macam tu je.Heheh, goreng seperti biasa sehingga warna agak keemas-emasan.Akhir sekali ialah
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tarraaaa, dah siap pun karipap pusing ni.Enak dimakan time panas-panas. Wahh, sedapnya kan? Bagi yang baru belajar masak-masak macam D'ya ni, bolehlah mencuba resepi ini.Tak salah kan mencuba? suka? like dan comment :P

kredit photo: http://wanitaniaga.com

Ehhhh, ada resepi lagi la.Jom tengok dan klik ;P



Photobucket

9 komen bernas:

Tanpa Nama berkata...

nice this topik. .
af nie pdai ar gak wat bende2 nie(poyo).. but,kdng2 rase n bentuk dye laen dr yg laen(tgn laki ktekn)..
so,klu leh.. time raye d'ya wat ar lbh.. leh af mam n rase buatan air tgn d'ya s'dri.. haha..
keep it up..
(-=3

Ezy Chiaki berkata...

kalo karipap pisung ni saye krng ckit..
lbh suke mkn karipap biase..
hehekk..
xtau ngape..
T___________T

Wuming berkata...

Memang susah woo buat karipap nii... Memang ramai orang tahu serepinya... Tapi nak bagi sedap... Huh..

D'ya Marshmello berkata...

@Tanpa Nama

hehe, biasalah air tangan laki mmg cantu.huhu, insyaAllah :D

D'ya Marshmello berkata...

@Ezy Chiaki

napa lak cik ezy? karipap pusing lagi sedap auw berbanding karipap biasa..bagi d'ya la.hehehe

D'ya Marshmello berkata...

@Wuming

yup, karipap ni agak susah sket berbanding karipap biase ;) huhu

Tanpa Nama berkata...

Later I nak try ni

Ieymah Storie berkata...

Nak tanye skit , majerinnye nak kena panaskan dlu ke tak ?

cikgu hayati berkata...

assalamualaikum dik... best penerangan secara ikhlas nak buat karipap pusing sangat mengharukan bagi akak yang dah banyak kali cuba tak jadi arr huhuhu so tanx alot i will follow you huhuhu

 

Designed by D'ya Marshmello

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.