Shopping Raya Di Sogo, Kuala Lumpur

9:09 PG

Salam 1 Malaysia..

Wah, sekarang dekat blog D'ya Marshmello dah pasang lagu raya.So selepas ini you all boleh la blogging sambil dengar lagu raya.Bagi yang rasa lagu tu bising dan memekakkan telinga, jangan risau k sebab D'ya pasang autoplayer music.So boleh pause anytime you like.Tup tap tup tap HARI RAYA AIDILFITRI makin menghampiri lalu meninggalkan bulan RAMADHAN yang mulia ini.Bab kata pakcik makcik 'Ramadhan kedatanganmu dinanti, pemergianmu ditangisi' .Chewaaaah, hiperbolanya ayat aku ni.Selalu bab bermadah-madah dan berfalsafah memang aku fail.Huhuhu, dan tak ketinggalan juga la waktu macam ni ramai dok sibuk buat persiapan baju raya la, tempah dua tiga pasang, tempah langsir, tempah sofa baru, dan semua baru la.Apa pun tak boleh, semua baru alamatnya memang lari la bajet bulan ni.


Tu belum cerita bab shopping-mopping ni.Eh, betul ke ayat aku ni? Actually rasa tak salah nak berbelanja sekalipun, tapi berpada-pada la sebab kalau membazir nanti kan sudah menjadi amalan syaitan, tak gitu? Semalam sebelum waktu berbuka D'ya dan satu family hang out shopping dekat Sogo, Kuala Lumpur.Sampai separuh jalan, mak ai jammed gila jalan dengan orang bersesak-sesak.Benci betul la, tapi apakan daya terpaksa la bersesak-sesak sebab shopping punya pasal.Paling bengang sekali time ayah nak park kereta, kesian D'ya tengok ayah D'ya, sampai tujuh kali pusing baru jumpa tempat parking.Sob sob sob! Nasib-nasib.


Actually time ni dekat Sogo ada buat sale.Fuhh, memang rambang mata kalau pergi shopping kat sini.Kira banyak la pilihan pakaian, lagipun harga pon murah .Tapi awas, jangan terpedaya dengan jualan murah ni sebab pernah terjadi satu kes, nak beli baju dengan harga diskaun 70%. Bila nak bayar je dekat kaunter terus keluar dekat skrin harga asal baju tersebut.Memang benda ni pernah berlaku, jadi you all berhati-hati la dengan sebarang kemungkinan yang berlaku.


Macam ni la keadaan di Sogo semalam.Nak tak nak terpaksa la bersesak-sesak demi memenuhi nafsu shopping.Tapi yang tak bestnya time nak beratur dekat bilik persalinan.Memang dah macam line kereta api pon ada, dah la bilik persalinan ada berape kerat je.So, harap-harap pihak Sogo menerima kritikkan membina dari D'ya okay, chewaaah, kritik je kau tahu kan? Tapi last-last D'ya beli seluar jeans je dekat sini sebab baju-baju lain agak tak menarik, sebab bab-bab baju ni memang D'ya cerewet.Dapat jeans skinny pon jadi la kann. 


Lebih kurang macam jeans ni la jenama Padini.Sori lah sebab gambar takde sebab camera rosak.dan satu lagi hal malas eden nak upload gambar dengan keadaan laptop lembab macam ciput.Jadi, sebelum tu bajet duit dulu sebelum sesuatu barang.Karang tak pasal-pasal masuk akhir bulan terpaksa ikat perut makan maggie?

Korang nak ke makan maggie? _______________________________ (^^,)


Photobucket

You Might Also Like

2 marshmallow komen