Top 10 Rahsia Lelaki Perlu Kamu Tahu

3:00 PG


Bukan mudah membongkar rahsia seorang lelaki.Masakan tidak, ada sahaja 'hal sulit' yang seboleh mungkin mahu disorok lelaki sebagai salah satu usaha untuk menyembunyikan kelemahan yang ada.Oleh sebab itulah sebilangan gadis melabelkan lelaki sebagai seorang yang cukup kebal dengan rahsia misteri.Akan tetapi mereka sebenarnya tidak tahu bahawa sikap dan kriteria lelaki boleh dikenalpasti menerusi gerak-geri dan juga perilakunya.Mungkin dengan cara ini, ia sedikit sebanyak boleh membantu gadis dalam menilai mereka. jom check it out :)

 Perlu kamu tahu bahawa lelaki tidak akan tertarik dengan gadis hanya kerana dia mempunyai bentuk fizikal yang menarik.Apa yang pasti, lelaki cukup senang anda berdampingan dengan gadis yang bijak, boleh bersembang mengenai apa sahaja dan tidak mengada-ngada tak kena tempat

 Lelaki juga mudah 'cair' jika gadis yang mereka kenali menyokong minat dan hobi mereka.Contohnya, jika lelaki meminati sukan bola sepak, si gadis memberi sepenuh sokongan padanya.Pada masa yang sama, lelaki juga senang dengan gadis yang mempunyai banyak persamaan dengan dirinya

 Lelaki bukan seorang yang 'mesra' telefon! Itu perkara yang perlu diketahui si gadis.Sudah menjadi adat bercinta, si gadis akan naik berang jika SMS yang dihantar buat kekasih hati lambat dibalas.Namun kamu perlu sedar bahawa lelaki bukan jenis yang 'bersama' telefon 24 jam.Mereka lebih gemar melakukan aktiviti lain selain dari berSMS!

 Hampir 50% responden kaum Adam di negara membangun mengakui lelaki dari Itali adalah kelomok yang begitu peka dengan fesyen.Jadi sebagai kekasihnya, lelaki cukup suka andai kamu memberi idea atau menegur mengenai gaya pemakaiannya.Tapi, teguran kamu biarlah berlapik ya..

 Majoriti lelaki akan berasa serba tidak kena apabila mahu mempelawa gadis yang mereka suka untuk keluar dating buat kali yang pertama! Jadi jika kamu berada dalam situasi ini, cuba untuk menenangkan lelaki itu dengan berbual-bual topik ringan dengannya misalnya tentang filem terbaharu atau lagu kegemarannya

 Lelaki cukup pantang dengan leteran dari gadis! Kamu perlu sedar bahawa lelaki tidak suka dikongkong.Jadi adalah baik kamu menasihatinya andai si dia ada melakukan kesilapan dari terus 'menghamburkan' leteran yang meleret-leret.Panas telinganya nanti !

 Lelaki kurang mengerti dengan bahasa tubuh kamu.Lebih teruk, lelaki juga tidak paham dengan makna kata-kata kiasan yang kamu tuturkan padanya.Tapi, jangan mudah melenting kerana lelaki sememangnya tidak suka dengan 'bahasa' yang berkias-kias.Jika ada perkara yang kamu tidak puas hati, cakap sahaja padanya

 Pita suara lelaki adalah lebih panjang berbanding perempuan.Saluran nafas mereka 30% lebih besar.Jadi tidah hairanlah jika suara lelaki lebih kuat dan besar terutamanya apabila dengar mereka 'menjerit'

 Berapa ramai perempuannya yang cantik-cantik, kamu perlu tahu bahawa lelaki hanya mempunyai seorang gadis sebagai temah sehidup semati.Ya, lelaki sering dicop sebagai seorang yang nakal, suka mengusik perempuan dan sebagainya.Tapi ketahuilah bahawa anda si dia sudah bersedia untuk mempunyai komitmen, mereka hanya akan memberikan tumpuan seorang gadis sahaja

 Akhir sekali, lelaki juga lebih mudah terpengaruh dengan persekitaran. Terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan keseronokkan dan kebebasan. Tidah hairanlah andai teman lelaki kamu mula 'berubah' sikap setelah berjumpa dengan rakan-rakannya.Hmmm bila bersama kamu, mereka menjadi "OK" balik

NOTA KAKI **

~ Lelaki memang misteri sifatnya :) tetapi itulah aura yang membuatkan hati si gadis berdebar-debar - D'ya Marshmello

Photobucket

You Might Also Like

7 marshmallow komen