Blog D'ya Marshmello Kena Hack

7:55 PG

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...


Wahh, dah lama giler tak update blog kesayangan i nie.Rasanya blog ini dah bersemak dan berhabuk.Yela hal maklumlah balik kampung seminggu.Lepas tu baru-baru ni blog D'ya kena hack dengan someone, so terpaksa la cakap elok-elok dengan si hacker tu tolong pulangkan blog D'ya balik.Kalau tak memang aku menangis tak berlagu la alamatnya.Memang serius sedih gile bila tahu blog kena hack.D'ya tak tahu apa salah D'ya, adakah orang yang hack D'ya tu dengki dengan D'ya atau just suka-suka nak hack orang? atau Mungkin password D'ya lemah so sebarang kemungkinan boleh berlaku.

klik untuk tumbesaran yang sihat walafiat..heheh
Memang cuak tahap gaban bila tahu blog kena hack,so mula la aku rasa nak guling-guling.So, aku mula dok pikir apa yang perlu dibuat.Memang sedih bagai nak rak.Dah la penat-penat edit blog, lepas tu post dah beratus-ratus dan tak pasal-pasal kena hack macam tu jer, memang nak angin la.Berikut merupakan perbualan aku dengan si hacker tersebut :-

klik pada sessiapa yang rabun ayam. :P

Tak sangka si hacker ni baik juga sebab pulangkan blog ini.Alhamdulillah, akhirnya D'ya dapat juga blog ini semula, tapi yang sedihnya D'ya terpaksa edit template semula.Mesti korang perasan kan semenjak dua menjak ni aku terpaksa private blog dan kadang-kadang blog ini bertukar pelbagai jenis template atau senang cerita this blog is under construction.Dan perasan tak blog D'ya dah lain da gara-gara kena hack hari tu, tapi tak kesah la asalkan dapat balik blog ni sebelum aku menangis tak berlagu.Heheh, so pesanan D'ya Marshmello lepas ni you all perlu la berhati-hati tak kira siapa pun anda sama ada anda tu femes ke, popular ke, cantik dan bergaya ke sebab hack ni tak kira orang, tapi kes yang paling banyak sekali bila si hacker ni jeles dengan blog orang lain.Alahaiii, buat ape la nak jeles bagai dengan blog orang lain ,tak ada faedah pon.Yang penting niat blogging kena la ikhlas dan setiap blog ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.


p/s : mudah-mudahan ini first and last kena hack, huhu :)

Photobucket

You Might Also Like

2 marshmallow komen