Kenapa Saya Suka Annas Easkay?

11:53 PTG

Salam sejahtera guys :)

Who is Annas Easkay?Siapakah Annas Easkay sebenar-benarnya?Pakwe oh tidak jauh sekali.Kenapa aku harus menulis entri ini? Sebab apa aku suka sangat dengan dia ni? Apa keistimewaan dia ini sehingga beliau menjadi idola D'ya Marshmello?



Beliau adalah seorang photographer terkenal di Malaysia yang bertapak dari bawah sehingga kini berjaya menjulang hasil kreativitinya dalam bidang photgrapher.Sebut je nama dia mesti sudah terbayangkan picture yang hebat dan gorgeous hasil tangan beliau.Dia adalah sumber inspirasi D'ya untuk berjinak-jinak dalam dunia photographer.Moga kejayaan menanti D'ya, doakan kejayaan D'ya okay.Beliau sangatlah muda okay, baru je 23 tahun tetapi sudah berjaya mencipta nama yang cukup besar dalam bidang fotografi.So,he's inspired me dan umur bukan penghalang untuk berjaya.Sedangkan kebanyakan remaja lain seusia dengan beliau tidak memanfaatkan masa remaja yang ada. Oleh itu, untuk menghargai followernya, beliau menganjurkan satu contest iaitu Contest Photoshoot Percuma Dengan Annas Easkay.Wah, ini la D'ya nanti-nantikan selama ini.Hope sangat boleh menang contest ini.Untuk Annas Easkay, kata-kata D'ya untuk beliau "You are gorgeous person and FAMOUS photographer ."


THE NAME IS ANNAS EASKEY

Dia ni memang awesome dan hasil kerja beliau memang meletup habis! Rasa macam tak percaya yang dia ni memang top photographer dan yang paling pasti semua photoshoot beliau adalah hasil karya ANAK MALAYSIA, rasa kagum sangat dengan dia ini.Even dia ni still muda, tetapi dia tidak gentar untuk mencuba seseuatu yang baru dan lain daripada yang lain.Okay, jom tengok gambar dekat bawah ini.

bestnya dapat photoshoot macam  ini :)

Amacam memang hasil karya beliau dalam bidang fotografi hebat-hebat kan?Serius ini la first time tengok semua gambar yang diambil sangat-sangatlah cantik.Dan janganlah you all terkejut kerana dia bukanlah siswa jurusan fotografi di mana-mana IPT tetapi ia adalah bakat semulajadi beliau.Awesome right?Lagi satu D'ya Marshmello kagum dengan dia sebab Annas Easkay bukan tangkap gambar biasa-biasa sahaja, dia juga mengadakan sesi photoshoot dengan beberapa orang artis, untuk portfolio, gambar dan kad kahwin dan macam-macam lagi la.Jom tengok beberapa gambar hasil karya beliau dalam bidang fotografi.

perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim









gambar credit: Annas Easkay

Harap-harap lepas ni dapat la aku merasa sesi photoshoot dengan Annas.Kalau you all nak join contest ni, ayuh klik sini.Mesti you all kagum kan dengan hasil tangan beliau, lihat sahaja gambar-gambar di atas, memang awesome la.Satu-satunya photographer yang berjaya melonjakkan namanya dalam bidang fotografi.I like him very much! Kalau nak tengok lagi banyak gambar hasil karya Annas Easkay, boleh klik ke FANPAGE ANNAS EASKAY dan BLOG ANNAS EASKAY.

coret-coret : D'ya still ingat lagi first time buka fanpage dan blog Annas Easkay dan melihat semua foto yang ditangkap oleh beliau, I thought it was a professional photographer from US or anything.Tetapi bila tengok profile dia, eh orang MELAYU kita la.Hehehe, :)


You Might Also Like

1 marshmallow komen