Pilihan IPTA / IPTS Untuk Pelajar Lepasan SPM

10:05 PTG

Untuk student yang mahu sambung belajar, mesti pening kan nak sambung study dekat mana terutama untuk pelajar lepasan SPM.Dalam kebanyakkan Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta yang terdapat di Malaysia, ada di antaranya yang femes dan sering disebut-sebut dalam senarai institusi pengajian tinggi yang paling popular.Walau apa pun, di mana pun kita belajar sama saja, yang penting berusaha la mencari ilmu sebanyak mungkin dan menimba lebih banyak pengalaman ,tak gituuu ? Okay, meh sini D'ya nak kasi 15 pilihan IPTA / IPTS yang mungkin sesuai untuk kamu.



Lim Kok Wing University mempunyai cara pengajian yang unik di mana pendidikan bertaraf dunia menjadi tumpuan mereka.Para pelajar juga berpeluang untuk memilih pengajian Lim Kok Wing yang terletak di serata dunia bagi meneruskan pengajian mereka.Selain itu, Lim Kok Wing juga menawarkan pengajian ijazah berkembar yang membolehkan pelajar mempunyai dua ijazah secara serentak dengan kepakaran yang berbeza.



Sejak permulaannya lagi, USM memilih untuk menggunakan sistem pusat pengajian berbanding sistem tradisi iaitu fakulti.Untuk sistem pusat pengajian ini ialah setiap pusat pengajian dapat menyatukan subjek pengajiannya dan kursus-kursus yang dapat memenuhi keperluan pengijazahan yang mengkhusus di dalam sesuatu bidang yang dipilih dan pada masa yang sama turut menguasai bidang-bidang disiplin pengajian yang lain.



Merupakan universiti tertua di Negara ini, Universiti Malaya terus membawa para pelajar mendominasi pelbagai bidang.Kini UM bukan sahaja menjadi universiti yang dihormati kerana keunggulannya tetapi penghargaan terhadap universiti ini diteruskan dengan membawa nilai integriti, menghormato, kebebasan, kepercayaan, profesional, metrikulasi, semangat kerjasama, kreativiti dan tanggungjawab sosial adalah nilai yang diterapkan oleh universiti ini kepada para pelajar.



Dengan dasar kerajaan yang ingin mencapai tahap negara maju dengan penduduk yang berpengetahuan tinggi pada tahun 2020, UTM menyambut cabaran dengan menyediakan 20 institusi dan pusat kajian untuk memenuhi tuntutan fakulti pendidikan yang memerlukan perkhidmatan teknologi pendidikan dan perkhidmatan teknologi pendidikan dan kajian.UTM mempunyai kampus induknya yang terletak di Johor yang menempatkan 25,000 pelajar dan mempunyai kampus di Kuala Lumpur di mana para pelajar ini mengikuti pelajaran di dalam pelbagai bidang.



Mempunyai 24 fakulti, UiTM sememangnya menjadi pilihan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran, dibahagikan kepada 3 bahagian pengajian yang berbeza iaitu Science & Technology, Social Science & Humanities & Management.UiTM menawarkan pelbagai bidang yang menarik untuk dipilih dan sekali gus menjadu pusat himpunan kepakaran dari golongan bumiputera.



Mempunyai tujuh fakulti, UNISEL adalah pusat pengajian yang berorientasikan industri serta antara pemilihan pengajian yang terbaik untuk melahirkan kepakaran di dalam industri



MSU secara dasarnya memfokuskan bidang pengajiannya dalam bidang yang kritikal seperti perubatan, kesihatan dan sains, kejururawatan, farmasi, pengurusan perniagaan, akaun, bidang perhotelan, undang-undang, sains informasi dan kejuruteraan.



Meletakkan pusat pengajian mereka lain dari yang lain.KLMU adalah salah sebuah pusat pengajian swasta, menjadikan bidang ICT dan pengajian multimedia sebagai kekuatan merekan menjadikan KLMU antara pilihan terbaik buat pelajar yang ingin menyambung pelajaran di dalam bidang ini.



ASWARA adalah satu-satunya institusi pengajian tinggi di Malaysia yang menyediakan pendidikan formal khusus dalam bidang seni, budaya dan warisan kepada warga Malaysia untuk melahirkan tokoh, pemikir, penulis, penggerak dan seniman yang berilmu dan profesionalisme, tahan uji dan sentiasa berketrampilan.


 

Merupakan sebuah universiti yang unik sama ada di Malaysia ataupun di serata dunia memandangkan penggunaan bahasa Inggeris menjadi bahasa penghantar di universiti ini.Ianya telah memupuk keharmonian campuran moden dan profesional bersama budaya tradisional dan moral.Pelajar dari universiti ini datang dari seluruh dunia menjadikan suasana belajar di sana begitu hebat sekali.

p/s : buatlah pilihan dengan bijak? suka entri ini? Sila like ;)


You Might Also Like

7 marshmallow komen