10 Perkara Bukti Si Jejaka Itu Rumit

1:20 PG


Tumblr_lupe4u9uei1qbpwzeo1_500_large
awww, sweetnya ayat dia lalalala ~ 

Assalamualaikum w.b.t

Haiih sejak kebelakangan ini mood aku dalam mood jiwang karat.Aiseyhh man, what happen to me? Secara tak langsung aku didera dari segi fizikal & mental yang memaksa diri ini menaip post jiwang karat (karangan penuh dengan unsur hiperbola - B.Melayu SPM komfom dapat A+ nieyhh, ade brani lolz XD?).Heran bebenor dengan sikap aku semenjak dua tiga menjak ni.Aissehhh hahaha ada mak kisah? Yang penting kita layan habis topik yang bakal diutarakan hari ini? Ada sape-sape leyh jawab tak?

Terdapat dua perkara yang aku nak bincangkan hari ini yang boleh ditafsirkan tentang si JEJAKA.Antara seorang yang cerewet ataupun tidak.So wahai si jejaka sekalian, tahukah korang bahawa kebanyakan LELAKI mungkin tidak perasan akan tabiat mereka itu? Ewhhh, D'ya Marshmello ni suka sangad cakap tipu maaa.Cakap banyak tak guna, let's cekadout ! (sory, bahasa rojak) =.=


 Jika kamu melayannya dengan baik, si dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.Jika tidak kamu akan dianggap olehnya sombong.
KOMEN D'YA MARSHMELLO : Aduuuh so scary la.Yang ini la aku paling takut sangat berlaku dalam life aku sekarang.Situasi ini biasanya terjadi dalam hubungan persahabatan.Still tak paham, aku bagi contoh di sini di mana si gadis mengambil berat atau pun kasihan akan temannya (LELAKI) kerana sebab-sebab tertentu.Disebabkan oleh perkara-perkara seperti ini membuatkan si jejaka menjadi salah paham.

 Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.
KOMEN D'YA MARSHMELLO : Aiihh tak sangka juga ada lelaki yang rumit macam ini? Sudah menjadi naluri seorang perempuan menjaga penampilan diri.Takkan itu nak jadi isu kot wahai jejaka sekalian? Lebih-lebih lagi time nak keluar rumah.Tak salah rasanya jika girl tu berpakaian cantik demi menjaga penampilannya.Tak gituuu ?

 Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tiada IQ yang tinggi.
KOMEN D'YA MARSHMELLO : This situation selalu berlaku di mana kedua-duanya mempunyai sifat ego yang tinggi.Tak bermaksud jika seseorang tu ambil cara dengan 'mendiamkan diri' bermakna si dia itu tidak mempunyai IQ yang tinggi.So guys jangan salah pahamm yeee.peace!

 Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.Jika dia yang lebih pintar, dia bilang kamu lebih hebat.
KOMEN D'YA MARSHMELLO : Ishhh, memang betul-betul merumitkan.Mungkin lelaki ini ada sifat ego dan secara tak langsung dia mungkin taknak sifat ego yang akan menjatuhkan dirinya.Namun berbeza pulak dengan perempuan, ia perlu bagi meningkatkan TARAF hidupnya sendiri.

 Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba bermati-matian.Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.
KOMEN D'YA MARSHMELLO : Aku rasa perkara ini juga banyak berlaku dalam alam nyata ini.Why? Kebiasaannya "habis madu, sepah dibuang".Tapi sudah menjadi kebiasaan bila si gadis menjual mahal.So engkorang jangan pelik bin hairan pulak and tertanya-tanya "apehal minah ni suka sangat jual mahal" ? lolz XD

 Jika kamu menceritakan masalah kamu, dia kata kamu menyusahkan.Jika tidak, dia menuduh kamu tidak mempercayainya.
KOMEN D'YA MARSHMELLO : Ada juga jejaka seperti ini? Sejak azali lagi, perempuan memang diciptakan untuk lelaki.I think takde masalah kepada pasangan masaing-masing but ia bergantung kepada keselesaan individu tersebut ecehhhh is it me rightt ? XD

 Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh.Jika dia cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.
KOMEN D'YA MARSHMELLO : Well sebagai seorang gegurl, memang sudah ada naluri sebagai ibu mithali.Kadang-kadang cerewet itu perlu! But semua itu bergantung sama ada seseorang itu cepat matang atau tidak.Lelaki ni memang rumit kan ? 

 Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.Jika dia ingkari janjinya, dia melakukannya kerana TERPAKSA.
KOMEN D'YA MARSHMELLO : Wahh mana aci kalau macam ni.Mungkin lelaki (sesetengah lelaki) tu hanya bagi alasan yang tak munasabah atauu mungkin juga sifat girl tu yang sukar untuk menerima alasan dari si jejaka? Hmmm

 Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk menjaga hati.
KOMEN D'YA MARSHMELLO : Situation ni juga selalu berlaku dalam kehidupan kita sekarang.Yeaah! Seorang lelaki sebenarnya tidak perlu menjadi terlalu sensitif.Korang perlu tampak hebat dan kental di hadapan gadis! Wwaahh romantik gituu.Huhuhu =.=

 Jika kamu membantunya membuat sesuatu perkerjaan atau apa pun perkara, pasti si dia menganggap kamu tidak mempercayai dirinya bolleh menyelesaikannya secara bersendirian.
KOMEN D'YA MARSHMELLO : Oppps! Lelaki memang terkenal dengan sifat ego dan sebolehnya lelaki ni susah nak buka mulut untuk meminta bantuan daripada perempuan! Konon gentle, boleh buat sendiri tanpa pertolongan lelaki.Ehh betul tak korang? Kasi la pendapat sikitt.. lolz XD


Fuuhh 10 point je aku boleh kasi, punye penat nak perah ideaa? Tapi bagi yang terasa watlek jela, ini hanya untuk sesetengah lelaki n just untuk suka-suki.

BENARKAH LELAKI ITU RUMIT ?


You Might Also Like

7 marshmallow komen