Benarkah Cantik Syarat Untuk Couple ?

10:48 PTG


cupcakes, food, heart, kawaii, love you

Sapa ada boyfriend sila angkat tangan? Best tak ada boyfriend ? Hahaha ayat aku macam tak boleh blah kan? Bila kengkawan aku sibuk meluangkan masa dengan boyfriend masing-masing, kekadang aku rasa jeles, terasa dengki? Ish ish, tak baik kan pikir macam ni? Bak kata kawan aku hidup ini indah bila ada boyfriend and someone who love and take a good care of you? Ecehhh, tetapi aku peduli apa? Jeles mak tau! 

Kalau setakat admire tu pernah la, tapi bila aku pikirkan yang aku still ni study, tak mahu buang masa dengan benda-benda macam tu, terus aku terpikir? Ada betul jugak kata mak aku, bercinta sekarang belum tentu akan bawa ke mana-mana, biarlah masa yang menentukan segala-galanya.(haaaaaiii, ape pasal entri aku kali ini ade unsur jiwang eyhh ? hmm).


Benarkah cantik syarat untuk couple ?

.
.
.
.
.
.
.
.
.


errr, sory iklan kejap hehehe *gambar ini tiada kaitan, harap maklum!

Berbalik pada topik kita hari ini, sekarang aku perhatikan ramai girl termasuk aku tak terkecuali, taksub untuk jadi cantik bukan sahaja kerana mahu menjadi perhatian, malah ingin menjadi 'the best' untuk insan tersayang.Bohonglah kalau aku katakan di sini semua perempuan tak mahu jadi cantik? Siapa tak nak cantik kan? Lumrah alam, semua inginkan jadi perfect tapi apakan daya even kita perfect sekalipun, kita tetap manusia biasa.


Ada juga yang terlalu taksub untuk jadi cantik dengan melakukan rawatan sana sini, suntik sana sini.Adakah semua ini berbaloi ? Rasanya kecantikan semulajadi bermula dari hati yang suci, ecehhhh tetapi betul la kan? Mungkin ada tips yang membantu untuk korang ? Let's check it out!

 Jika seseorang lelaki mengatakan dia mencintai kamu semata-mata kerana kecantikan awas, kamu mungkin akan ditinggalkan apabila sudah tidak cantik lagi.Jika seorang lelaki mengatakan dia sanggup berkorban apa saja demi cintanya kepada kamu dan apabila kamu bertanya mengapa, dia memberitahu 'kerana terpesona dengan wajahmu' awas kamu akan ditinggalkan apabila wajah kamu tidak lagi mempesona.

 Jika kamu memiliki wajah yang cantik, usah terlalu gembira sebab mungkin kamu akan bertemu dengan lelaki yang salah.Jika kamu hodoh jangan pula bersusah hati sebab lelaki sejati adalah mereka yang menilai wanita secara tersendiri.Cinta dibibitkan oleh kecantikan dan ketampanan semata-mata biasanya tidak kekal hingga ke hujung.


 Kecantikan adalah tiket kebahagiaan tetapi tiket itu tidak valid sepanjang zaman.Ada ketikanya tiket itu akan sampai ke tempoh tamat, hanya mereka yang tidak terlalu meletakkan kecantikan sebagai tiket percintaan akan kekal, selain dan selebihnya akan mengorak langkah pergi.


 Bagaimana cantik pun akan pudar,bagaimana tampan pun akan hilang.Kecantikan atau ketampanan bukan teras keintiman.Ia alat untuk menikmati sebahagian kehidupan yang terbaik, namun ia bukan yang terbaik.Wajah yang indah dipandang akan menjadi cuka yang memasamkan kehidupan jika lain-lain tidak cantik.


 Kopi pasti akan pahit, jika dibiarkan berdiri dengan sendiri.Namun kopi menjadi enak apabila digandingkan dengan gula dan susu.Kamu cantik, maka kamu boleh berdiri sendiri tanpa keperibadian dan iman yang padu kamu.Ibarat kopi tanpa gandingan gula dan susu.Selama mana boleh bertahan? Sebaik-baik kopi pahit dinilai dari sudut kepahitannya, tapi apabila ada kopi bersusu dan bergula, ia sentiasa lebih disukai dan akan terus disukai.Betul tak?


Hmm, benarkah cantik syarat untuk couple ? Pendapat anda pula ?


You Might Also Like

10 marshmallow komen