Khamis, 3 November 2011

Ciri-Ciri Lelaki Bajet Handsome





Ramai yang suka bila dapat lelaki handsome ini? Apa yang bestnya dapat lelaki handsome ni? Adakah perempuan zaman sekarang lebih pentingkan paras rupa seseorang itu ? Di Malaysia juga, ramai lelaki handsome menjadi idaman bagi setiap perempuan.Tetapi jujur la aku cakap bahawa LELAKI BAJET HANDSOME ini lebih ramai berbanding dengan yang betul-betul handsome ? Bukan mengata, tetapi sekadar renungan bersama, eceehh hehehe :P

Berikut ialah benda yang ada dalam kepala otak LELAKI YANG RASA DIA TU HANDSOME atau lebih senang dikenali ' bajet handsome '. 


 Rambut tu mesti kene style.Konon nampak macho la, sampai perempuan pandang tak berkelip matanya.Then buat rambut pacak dengan gaya jalan ala-ala Mat Salleh.Ada jugak yang rasa diri tu handsome buat rambut ala-ala Korea. annoying giler tahu tak? haha, suka hati kau la. :P

 Hey kalau dah rasa diri tu handsome of course la awek kena ramai.Baru GEMPAK kononnya la.Siap buat sparepart 2-3 orang awek, bajet hot la katakan. hello, please la be yourself ! Tak payah pasang awek ramai2, lagi buang masa kot !

 Huh, selalu lelaki yang bajet handsome ini tak main la awek-awek buruk. Nak yang cun ,gebu and putih melepak.Awek buruk lelaki macam ini akan cakap " TALK TO THE HAND " la.. wait, sebelum tu cermin diri sendiri dulu okay, :)

 Lelaki macam ni selalunya mulut manis macam gula.Konon nak nampak hot bukak la account Facebook, Twitter bagai.Search Google dan kau pun letak gambar artis lelaki Korea sebagai profile picture kau.Kononnya ada perempuan terpikat tengok kau awesome di alam maya, padahal hampeh! jangan mimpi la !

 Rasa diri tu bagus, top di antara membe-membe yang lain sampai ada orang menyampah dengan kau! Then bila nampak perempuan yang usha kau, kau akan cakap "Apehal perempuan tu usya-usya aku, boleh blahlah" .perasan sampai tak ingat dunia, oops !


 Duit PTPTN habis sebab belanja awek.Konon nak nampak diri tu bergaya, mewah and senang cerita kau takkan terkantoi yang diri kau tu sebenarnya kasanova.Tapi bile awek tanya kenapa duit habis? Dia cakap member selalu pinjam. nak bajet diri tu MULIA di mata gadis.Apa ni bro ? Cer citer cer citer :P


 Nak lepak dengan awek, dress up smart-smart.Baru la dikatakan hensem, macho gitu.Tapi malangnya semua barang dress up korang PINJAM. ekekeke, dari baju jenama Padini, seluar jeans, kemeja dan kasut semua kau pinjam. Alasannya kau cakap dengan member yang kau nak pinjam barang tu " Watlek la bro, nak pikat awek tak main la pakaian bundle2 ni.Low class la bro " bleh blah la :P


 Taip status dekat Facebook kononnya bile korang lepak Pavillion, ramai budak hot asyik pandang kau je dan apa entah kau merapu-raban.Padahal diri sendiri yang perasan, entah-entah mana tahu perempuan tu pandang gaya kau yang selekeh ke, atau cili terselit dekat celah gigi ker, haha tak gitu? jahatnya !


 Usung DSLR konon-kononnya kau tu photographer, bajet diri tu dah expert bab-bab photoshoot sume tu.Yang tak boleh blah bile gantung ke hulu ke hilir DSLR, then lepak dekat Pavillion buat muka poyo. tengok cara ambil gambar pun salah, blur semacam.Pegang DSLR pun takde style.Paling takleh blah bila kau guna mood AUTO. Baik pakai camera digital biase :P


 Kau pakai DSLR konon nak nampak hot di mata gadis, padahal beli DSLR pun pakai duit PTPTN.Bile tak cukup duit, mula la time tu cari member sampai sesak nak makan sebab duit pun takde.Tapi bila member kau nak pinjam DSLR, kau kedekut bagai nak rak .ish2, memang kesian kan?


 Pakai barang yang ada brand like Adidas, Converse, Top Man, Levis ,Casio. Baru la high class katakan, tapi bile lepak kat rumah just pakai boxer bundle. Pastu cakap dengan awek yang kau tu suka pakai branded, baru ade style. phirahh!


 Cakap sopan dengan girls hot, tapi KURANG AJAR dengan orang lain tak kira la sape-sape pun, lebih-lebih lagi kalau perempuan tu ada rupa buruk, badan gemok gedempol, dia akan cakap "Opps, sori! You tu tak layak kawan dengan i okay, please!" perasan macam diri tu bagus sgt !


 Bila text dengan lelaki, bahasa yang diguna rilex dan cool je.Tapi bile nak text dengan girls yang baru kau kenal "urmm, macam manew niew.I segan la dengan you, i raser segan lark nak kuar ngn you !.hurmm" ha'adoi, mcm pmpuan tu amek port lak apa yang kau ckp :)




Hah, ni je kot.Dah penat kot nak menaip panjang-panjang.Karang ada gak yang meluat kan? Haha, ini just renungan semata-mata :)




p/s: apa pandangan korang ?




10 komen bernas:

MissFF berkata...

love it kak dya !

al_hakim berkata...

jangan berjodoh dengan org bajet hensem dah la ye..kehkeh

aTiey berkata...

hahahha...adew betoi nye 2....hehe

Ca'Oi_Bartowski berkata...

Setuju ngan AlHakim...selalunyer org yg dibenci org tu yg jadi pasangan kiter nnt...hehee

Jom Singgah

http://takbest.blogspot.com/2011/11/pencarian-blog-follower-bawah-500.html

http://takbest.blogspot.com/2011/11/contest-100plus-infinity-challenge.html

http://takbest.blogspot.com/2011/11/contest-lagi-khas-untuk-bloggers.html

FaraFahin berkata...

haha terbaik~~ like2~ xD

Pondok Usang berkata...

bersyukurlah... =)

cik ain berkata...

hahaha . sokong sgt :)

♒ aNn ♒ berkata...

betul sangat2 ! setuju !

budakkpop berkata...

Perfect. Kekadang geram tgk org camni.

Tanpa Nama berkata...

sye ade jumpe sorang mamat ni hensem tp agak bajet jugak.. comel, baik, PANDAI and kaya sgt.. persoalannya, wujud ke manusia perfect kat dunia ni? nak percaye pon susah..

$$$$$$$§

 

Designed by D'ya Marshmello

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.