Jom try petua wajah cantik dengan buah kiwi sahaja

1:20 PG

fruit, juicy, kiwi, madamelulu, summer

 Kulit Kering 

Cara : Campurkan 1 sudu makan jus kiwi dengan 1 sudu makan minyak zaitun dan sebiji kuning telur.Adun dan sapukan ke seluruh wajah.Biarkan selama 15 minit dan bersihkan dengan span.
Manfaat : Melancarkan perjalanan darah, melicinkan dan menenangkan kulit.

 Pelbagai jenis kulit

Cara : Hancurkan sebiji kiwi, campurkan dengan 2 sudu makan yogurt asli, 1 sudu makan perahan limau/lemon, 1 sudu makan minyak almond dan 1 cawan lobak merah yang telah dihancurkan.Adun sehingga menjadi adunan pasta.Sapukan pada wajah dan biarkan kering.Akhir sekali bersihkan dengan air sejuk.
Manfaat : Nutrien yang terkandung di dalamnya membantu membuatkan kulit terasa lebih segar dan bermaya.

 Kulit berminyak

Cara : Campurkan 1/2 biji kiwi, 15ml yogurt asli, 5ml susu skim, 5ml madu, 5ml oatmeal halus dan 1 titis minyak essensial lavender di dalam pengisar makanan.Hancurkan sehingga menjadi lembut dan cair.Sapukan pada wajah dengan kapas.Lakukan urutan lembut, bilas dan akhir dengan sapuan pelembap dan penyegar.
Manfaat : Mendinginkan dan membersihkan kulit.Lakukan setiap hari.

 Masker pembersih

Cara : Hancurkan sebiji kiwi lalu sapukan rata-rata pada wajah.Jika kulit terasa seperti pedih, ia bererti asid organik yang terkandung di dalamnya sedang 'bekerja'. Selepas 15 minit, basuh dan bilas wajah kamu dengan air.Akhir sekali bersihkan sisa masker dengan sapuan penyegar.
Manfaat : Membantu membersihkan kulit dan mengecilkan liang poro yang terbuka.

 Masker pengelupasan

Cara : Hancurkan 5-6 biji strawberi, 1 biji kiwi, 1/2 biji timun yang telah dikupas kulitnya.Jika terlalu cair, tambahkan ia dengan satu sudu teh oatmeal.Sapukan pada wajah dan leher.Selepas itu lakukan urutan ringan agar sel kulit mati dapat ditanggalkan.
Manfaat : Membersihkan dan menyegarkan kulit.


p/s: heehe, mudah sahaja kan petua di atas? semudah ABC.Jangan lupa mencuba. Selamat mencuba :)

You Might Also Like

0 marshmallow komen