Allah Ajarkan Kita Melalui Kekecewaan

7:48 PG


Sekilas...

“Awak yakin awak masih punya cinta? Kerana terlalu banyak menyayangi insan-insan yang bukan halal (couple)” 

“Maksudnya, saya dah tak ada perasaan tu (cinta)?”

“Hakikatnya begitulah. Awak dah tak ada perasaan cinta tu. Suatu masa apabila awak berkahwin, apa yang tinggal untuk suami awak? Perasaan awak tu, awak dah pernah beri kepada insan-insan yang tidak sepatutnya...”
Lelaki mana yang datang kepada si perempuan untuk tujuan bercinta dan bukannya untuk berkahwin, maka lelaki itu adalah fasiq. Berbeza jika lelaki itu datang untuk melamarnya dan meminta izin dengan ibubapa perempuan tersebut, maka lelaki itu jauh lebih beragama dan bermaruah. via AkuIslam.com~

***

(Bahagia yang dicari bukan dengan cinta duniawi yang dipuja, hakikatnya bahagia itu hanyalah dengan mencintai Allah. Jangan mudah tertipu dengan cinta-cinta yang tidak memberi makna dalam hidupmu)


Saya tahu awak dah tak mungkin ingat pada saya. Sebab awak dah ada dia. Saya cuma nak bagitahu awak sesuatu. 



Awak, ingat tak suatu masa dahulu,sewaktu awal perkenalan kita. Malu-malu je. Awal-awal tu memang sangat bersalah taw, sebab saya tak pernah pun message dengan mana-mana lelaki. First kenal, awak baik. Awak sangat care tentang saya. Saya bahagia. Hati selalu berbunga-bunga je. Jumpa awak malu. Nampak awak jadi segan. Tapi saya tak tahu yang bahagia saya itu akan bertukar jadi derita. Saya tak tau yang bahagia itu diredhai Allah ke tidak.


Awak ingat lagi kita dulu suka merancang (mungkin awak dah tak ingat). Bila dah kahwin nak life macam mana, nak stay dekat mana. Nak anak berapa orang. Nanti kahwin nak theme apa nak pakai baju apa. Semuanya kedengaran nonsense kan. Yeah, love is childlish. =) Semuanya tampak indah. Awak pun tak rasa kekok pun layan saya yang macam budak-budak ni. Awak kata saya ni sesuai kawan dengan adik awak yang umur 7 tahun tu (masa tu). Agaknya sekarang dia ni dah besar kan. Tapi awak ajar saya satu benda, perancangan yang kita rancang tu hanya tinggal perancangan. Awak mengajar saya bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang. Awak dah ingat kan saya tentang kuasa Allah secara tidak lansung. Walaupun Allah pilih untuk sedarkan saya melalui kekecewaan yang saya rasa.

"Awak ni sesuai kawan dengan adik saya yang umur 7 tahun lah.." btw, rambut awak macam cendawan lah


Awak ingat tak lagi masa birthday awak (mungkin awak dah tak ingat), sayalah orang pertama wish dekat awak. Awak tahu, masa malam esok nak birthday awak tu, saya dekat dalam bas, saya on the way nak balik ke rumah. Rumah saya jauh. Itu tandanya saya sangat care dengan awak dan saya nak awak ingat saya sorang je. Tapi saya salah, awak dah mengajar saya tentang siapa yang sewajarnya saya ingat lebih secara tidak lansung. Walaupun Allah pilih untuk sedarkan saya melalui kekecewaan yang saya rasa.


Awak ingat lagi tak kita selalu keluar jalan-jalan sama-sama (mungkin awak dah tak ingat). Awak bawak saya pergi pantai untuk mencari ketenangan bila saya ada problems. Automatik bila saya ada problems, saya akan cari awak sebab dengan adanya awak, saya rasa macam semua problems saya hilang macam itu je. Awak motivate saya dan saya rasa awaklah superhero saya yang sangat hebat. =’) Sifir saya, ada masalah jumpa awak. Tapi saya salah, awak dah mengajar saya tentang siapa yang sewajarnya saya cari bila ada masalah secara tidak lansung.Walaupun Allah pilih untuk sedarkan saya melalui kekecewaan yang saya rasa.



Awak berjanji untuk sehidup semati (kononnya lah) dengan saya (mungkin awak dah tak ingat). Awak berjanji macam-macam. Awak kata nak protect saya. Awak kata nak tunaikan impian saya. Awak kata awak nak kahwin dengan saya. Saya tahu, semuanya itu tak akan boleh berlaku kalau Allah dah tak izinkan right? Tapi saya bersyukur semuanya tu jadi kenangan sebab saya dapat belajar bahawa jangan terlalu menaruh harapan pada manusia, sebab mostly mengecewakan. Allah dah kata bergantung dan berharaplah pada Dia, sebab Dia tidak akan mengecewakan. Janji manusia? Apalah yang nak diharapkan.
Saya kecewa sangat bila awak berharap hubungan kita putus macam tu je. Malam tu awak call. Awak kata, “Rasanya, hubungan kita sampai di sini je. Saya dah ada orang lain. Maafkan saya.” Masa tu saya terlalu sayangkan awak sepenuh hati saya. Saya putus asa. Kenapa awak buat saya macam tu. Setelah macam-macam kenangan yang kita cipta. Bukan mudah untuk saya jatuh cinta tapi sekali saya jatuh cinta, saya akan benar-benar setia. Saya kecewa. Kecewa sehingga saya menyakitkan diri saya sendiri. Awak mungkin tak tahu derita-derita yang saya lalui selepas malam itu. Tapi, akhirnya saya sedar hati manusia ni Allah yang pegang. Perasaan boleh berubah bila-bila masa sahaja. Malah saya bersyukur Allah pilih saya sebab Allah tahu saya kuat yeay ^___^



Apalah sangat ujian yang saya rasa ni berbanding orang lain. Bila saya fikir baik-baik dan duduk diam-diam, saya percaya bahawa saya orang yang paling bertuah. Walaupun pada awalnya saya rasa bertuah mendapatkan cinta awak tapi saya rasa kini saya lebih bertuah kerana mendapatkan cinta yang lebih agung. Manusia. Selalu mengecewakan dan dikecewakan. Saya tak ada simpan dendam apa-apa pun terhadap awak. Dan perasaan tu pun dah lama lupus dalam hati saya. Mungkin perasaan sayang-sayang cinta tu dah tak ada dalam rekod hati saya, nama awak pun saya dah erase kan. Perjalanan hidup panjang lagi. Dan saya nak ucapkan terima kasih sebab pengalaman itu mematangkan saya. Banyak saya belajar. Terlalu banyak perkara yang saya tahu selepas kekecewaan itu. Hati saya ni terlalu banyak dilukai. Tapi tak apa, I’m used to it. Bila dah terbiasa, saya faham itulah aturan Allah. Saya belajar bersabar. Meskipun Allah memilih saya untuk selalu sakit hati tapi saya yakin pilihan Allah bersebab.



Yakinlah. Yang benar-benar memahami akan terkesan ini. 
Dari saya (dan wanita lain)

Cinta ni tak perlu dicari. Bila kita terlalu mencari dan cara kita salah dan tidak mengikut syariat sebab itulah kita selalu jumpa orang yang salah. Bila kita dah penat sebab asyik jumpa orang yang salah, mulalah kita kata Allah tak adil. Love is annoying. Love is hurt. Love is what-so-ever. 

Credit : Dr. Cinta

Photobucket

You Might Also Like

3 marshmallow komen