Entri Berkualiti Perlu Untuk Dapatkan Banyak Komen

7:30 PG

Assalamualaikum w.b.t

Aku menaip kali ini hanya sekadar perkongsian bersama.Lagipun sharing is caring kan? Korang mesti pernah dengar luahan blogger yang kurang mendapat komen blog.Ada juga segelintir blogger yang bertanya "macam mana ye nak dapatkan komen banyak dalam blog?".Semestinya entri berkualiti perlu dalam setiap entri dalam blog kita.Cuba blog kita tu isi kosong je, jalan cerita tak mantap? Keberangkalian orang nak datang singgah komen tu berkurang.


Nak kata blog ni banyak orang komen punt tak juga, paling penting cara kita attract pembaca lain untuk datang singgah blog kita even hanya membaca older post blog kita.Ya, entri berkualiti semestinya benda yang sangat penting korang perlu tahu.Inilah dunia blogger, bukan mudah untuk menjadi seorang blogger.Sedangkan blogger popular macam Ben Ashaari dan Hanis Zalikha pun berusaha keras menghasilkan entri yang berkualiti di samping tips-tips lain yang boleh meningkatkan blog kia sendiri.


 


Kualiti VS Kuantiti ? Agak-agak korang pilih mana? Semestinya kita akan pliih kualiti kan? Kenapa aku katakan macam ni? Kalau update entri 10 kali pun tapi tanpa kualiti apalah erti sesebuah blog itu? Bukan senang kita nak attract pembaca lain, but usaha itu penting.Jangan harapkan orang lain singgah komen, itu pun kalau korang bernasib baik.So macam-macam cara untuk promote kita punya entri blog.Salah satunya rajin blogwalking, ping entri dalam facebook atau laman sosial yang lain,komen blog orang lain dan sebagainya.
3 alasan kenapa readers susah nak komen blog kita ?

1) Gaya penulisan / olahan yang kurang matang
Ha ini merupakan faktor yang penting juga, macam aku dah bincang kat atas tadi, entri berkualiti sangat penting.Elakkan menaip post yang merapu-merepek makan kerepek? Hahaha, yang penting jangan taip entri post dalam keadaan korang stress dan pastikan gaya penulisan tu boleh attract blogger lain untuk terus singgah blog anda.Tak percaya, cubalah sendiri T____T


2) Widget tak penting dan blog terlalu berat untuk loading
Benda macam ni kalau boleh elakkan.Buang widget yang tak penting macam calendar, lagu dan apa-apa jela.Sebab benda tu maybe cantik buat korang, tapi sedikit sebanyak ia menganggu dan memberatkan blog korang.Pastikan blog korang kemas, iklan tu tersusun kemas dan rapi.Tak gituuu ?


3) Guna bahasa rempit dalam penulisan blog 
Waah ini lagi satu hal.Sebaik-baiknya bila taip post, elakkan menggunakan bahasa yang orang lain kurang paham atau tak paham langsung.Tapi kalau korang sekadar buat blog untuk suka-suka atau just diari takpela, tapi jangan salahkan orang lain tak datang singgah comment pulak.Yang penting bahasa tu melambangkan bangsa.Ecehhh, yang penting bergantung pada diri sendiri okay.


Mungkin ni je kot, harap maaf kalau ada yang tersalah and tersilap fakta, blogger baru nak up katakan, hehehe.Yang penting semua tu bergantung pada nawaitu kita dan usaha keras kita.Usaha kan tangga kejayaan tak gituu?


p/s : betul ke entri berkualiti perlu untuk dapatkan banyak komen? Pendapat korang pula ?


Photobucket 

You Might Also Like

5 marshmallow komen