Gajet Yang Berjaya Menggugat Jiwa Remajaku

9:44 PTG



beautiful, celebration, color, colors, firework


Haaa tajuk blog kali ini memang tak boleh blah kan? Tup tap tup tap sekejapnya rasa nak masuk tahun baru 2012.Rasanya kurang dari beberapa jam lagi kita semua akan menyambut tahun baru.Hoorayy yup aku pasti ramai yang pasang azam baru right? Azam nak kawin la, nak sambung study la haa macam-macam lagi la T_______T


Entri kali ini aku nak ceritakan serba sedikit gajet yang berjaya meruntun jiwa remajaku.Hahahaks dalam entri ni jugak aku akan share serba sedikit gajet yang menjadi kegilaan remaja sekarang.Sekarang macam-macam gajet right? Memang kena la dengan dunia yang semakin maju.Ada Blackberry la, I Phone 4s la.Tapi aku taknak cerita pasal kedua-dua ni gajet sebab ramai blogger dah publish entri pasal ni.So jom lihat antara gajet yang berjaya menggugat jiwa remajaku, ecehhhhh ;)




Nokia Lumia 800


Nokia Lumia 800 ni kalau tak silap ni gajet yang paling latest.Nokia Lumia 800 yang superb ni merupakan adik kembar kepada Lumia 710 yang direka untuk sasaran akhir yang lebih tinggi pada pasaran telefon pintar.Apa kelebihan gajet ini? Nokia Lumia 800 menggunakan sistem telefon Windows phone 7.5, dilengkapi dengan kebolehan 3G, memori internal flash sehingga 16GB kalau tak silap.Paling syok kamera gajet ni ialah 8 megapixel yang mempunyai autofokus serta lensa Carl Zeiss.Wow! Menarik kan? 

BlackBerry Bold 9930


Tadi aku dah cakap aku tak nak post pasal Blackberry kan, tapi oleh kerana tajuk entri kali ini ialah "Gajet Yang Berjaya Menggugat Jiwa Remajaku", BlackBerry Bold 9930 ni nampak hebat kan? BlackBerry Bold ni boleh masuk wishlist tahun 2012 nampak gayanya hehehe.Sesetengahnya menggelarkan model ini sebagai Bold Touch versi 1.5, BlackBerry Bold 9930 merupakan sebahagian daripada siri BlackBerry 9000 dan juga dilengkapi kamera 5 megapixel serta memori dalaman 768MB RAM.


Lacie Rugged Mini


Apa ke benda yang warna oren ni? Buat pengetahuan korang, ini ialah External Hardisk yang berukuran 2.5 inci.Kegunaan external hardisk ini ialah menyimpan fail-fail kerja korang.Peranti tahan lasak ini mampu menahan hentakan apabila terjatuh daripada ketinggian 1.2 meter, kalis air dan tiada masalah sekiranya ditindih dengan benda berat satu tan.Menarik kan? Kalau tak silap harga external hardisk ni around RM 299.


Olympus Pen E-Pl3


Auww terpikat bila melihat gajet Olympus Pen E-Pl3.Beralih seketika dari kamera DSLR yang besar kepada kamera kecil yang lebih stylo.Idea & teknologi terbaharu ini menampilkan lebih kualiti untuk kamera yang berdimensi tinggi.Ia merupakan siri Olympus PEN pertama yang mempunyai jenis paparan 3.0 inci termasuk LCD tiltable.Selain kualiti imej yang baik atas penambah baikkan dari E-P3, ia juga lebih ringan berbanding siri sebelumnya.Hebat bukan?


Numark i DJ Live


Buat pengetahuan korang, Numark i DJ Live ini merupakan peranti yang dicipta untuk sambungan ke iPhone, iPod Touch mahupan iPad melalui dock sambungan yang disediakan.Gajet ini sememangnya memahami kehendak mereka yang meminati dunia DJ sebab Numark ni menyediakan cutting, scratching dan mixing dengan memberi kesan pada butang yang disediakan.Hebat kan? Gajet ini juga adalah gajet sentuhan sederhana daripada mixer yang biasa digunakan oleh DJ profesional.Harganya around RM298.


Rasanya macam-macam gajet kita boleh lihat sekarang.Grr tapi kan dalam banyak-banyak gajet, aku berkenan  dengan Iphone 4s and BlackBerry Bold 9930.Huhu bila la dapat beli gajet tu? Yang penting berbelanja biarlah mengikut kemampuan, bukan ikut orang lain.Bagiyang sudah berkerja,  maybe gajet seperti ini memudahkan lagi dorang tak kira di mana berada even semasa kecemasan.Kata orang tua 'ukur baju di badan sendiri' ;)

p/s: jangan amalkan peribahasa 'biar papa asal bergaya' .oppps!


Photobucket

You Might Also Like

0 marshmallow komen