Manja Tapi Bukan Gedik

6:58 PTG



big eyes, crazy, cute, girl, silence

Selamat pagi you all ;)

Tetibe je hari ini idea dalam pale hotak ni datang secara tetibe, secara mendadak untuk aku post tajuk kali ini.Sentaapp mak nak! Fulamak tajuk kemain gempak.But korang semua dont worry okay sebab masalah ini 95% perempuan dan 5% lelaki.Kenapa aku katakan begini kerana yang 5% hanya lelaki yang berbadan sotong.Hehehe let's cekidaout ;)


Selalunya sifat gedik dikaitkan dengan perempuan.Selama ni aku asyik bagi pendapat (*kondem*) kaum lelaki jer kan haha, kali ini isu perempuan pulak.Baru adil kann haha? So sebagai perempuan aku nak bagi opinion berdasarkan pengalaman aku sendiri.Tak ramai yang suka dengan orang yang berperangai gedik.Kalau perempuan tu cantik mana pun, tapi gedik tak guna juga kan? Jangankan laki, perempuan lain tengok sendiri pun menyampah ! 


Gedik ini susah sangat nak describe.But boleh aku katakan di sini ia merupakan sifat kemanjaan berlebih-lebihan.Opps? Mungkin dia tak dapat perhatian mak ayah die kot! Sebab tu sibuk sangat cari publisti murahan atau tarik perhatian orang lain?


Sifat manja pula sangat subjektif.Manja ni bermakna gadis mempunyai adab yang sopan, tutur cara yang menenangkan.Alaaa, macam ciri-ciri gadis melayu gituu! Kiranya tak la over sangat manja die tu, but tahukah anda bahawa lelaki memang jelek dengan perempuan gedik, terkinja-kinja tak tentu pasal menunjukkan sifat manjanya? Ohh gituu, so gegurl sekalian.Lebih baik prefer jadi perempuan manja than perempuan gedik? Kihkihkih ;)


Haha yang penting jangan pulak ter'over' manja.Karang ada jugak yang menyampah dengan korang.Pandai seimbangkanlah ye, lagipun kalau harap muka je lawa, attitude entah pape tak boleh jalan jugakk kan? Bak kata pujangga ciptaan aku, biarlah girl tu ada keras dan lembutnya, ada manis dan masamnya.Baru kelass gitu! Bak kata orang tua-tua biar cukup rempah ratus. Haha, ingat manja boleh tapi bukan gedik hehehe =.=


p/s: macam mana ye rupe lelaki gedik! Mesti buruk bebenor rupanya, ekeke =.=


You Might Also Like

7 marshmallow komen