Masa Kecik-Kecik Dulu [ Part 1 ]

12:00 PTG

Assalamualaikum w.b.t kepada semua followers, stalker dan sesiapa yang sudi membaca blog picisan ini even baru sekarang baru nak hapdet oleh sebab kekeringan idea HAHAHA.Janji aku hapdet kann? Hilang idea konon, puas eden mencari sumber idea kat luar sana.Dok tepi tingkap sambil renung manja pada bulan & bintang, eden still tak dapet-dapet idea nie! Uhh sadis betul kan?


- Masa Kecik-Kecik Dulu -

Haa korang suka dengan tajuk ni? dan yang pastinya mesti time korang kecik-kecik dulu banyak ragam, banyak songeh kan? Dulu cita-cita aku banyak sangat mase aku kecik cinonet sebaya budak tadika.Kalau boleh semua aku nak jadi.Nak jadi cikgu la, doktor la.Name pun budak tecikkk.Macam aku dulu la, dah name time kite kecik-kecik cinonet.Mana la matang time tuuhh, erti CINTA SEJATI pun tak kenal lagi eceeehhhh *opps lari topik.Okay hari ini aku nak khabaq kat hangpa semua time aku kecik-kecik dulu.Cerita ini ada episod tauu, tunggu entri aku akan datang.Let's cekidout ;P

Bermula alkisah D'ya Marshmello .......



1) PELAKON (rasanya time aku tadika kot!)



Haa..time kecik-kecik dulu aku selalu sangat berangan nak jadi pelakon.Tak kisah la drama ke filem? Mungkin time tu aku tengok tv, bawak watak dalam lakonan cam best je.Biler pengarah cakap 'action' baru kite acting.Time tuh aku mula membayangkan diri ku glamer bak Lisa Surihani HAHAHA *ehh perasan sekejap.Time tu kecik cinonet kot, pikiran pun tak matang.Almaklumlah, tak matured lagi kihkihkih T____________T 

eh3 you all, muka i ada iras-iras lisa surihani kann? *ayat minta penampor!



2) DOKTOR (time darjah satu atau darjah dua, tak ingat! ehehe)


Ha kalau tak silap ni cita-cita aku yang kedua selepas aku dah bosan nak bercita-cita jadi pelakon.Banyak songeh kann? Mintak penampor baru tahuu huhu.Memula aku nak jadi doctor sebab best dapat toreh-toreh badan orang, dapat inject orang HAHA.Maybe ni semua pengaruh TV, macam best jadi doktor.Last-last aku yang terkelentong! Start aku kene injection kat klinik sekolah, aku tengok darah eeww! Takutt! Tengok jarum apatah lagi.Macam bodo je kan sebab aku sememangnya takut darah *okay sudah terkantoi.Terus aku cancel cita-cita nak jdi doctor. ;(




3) CIKGU (ni cita-cita paling lama aku pegang, hehe)


Haha agak sengal je dialog dekat gambar atas tu.Ayat mintak flying kick percuma hehehe.Time aku bercita-cita nak jadi cikgu time darjah tiga sampai la darjah 5 kalau tak silap.Macam mana aku teringin nak jadi cikgu sebab aku pikir kalau jadi cikgu ni bestt, sebab tetiap tahun mesti ada sambutan hari guru.Dapat pulak hadiah dari anak murid, tak ke bangga weyh? Mana tahu tetibe ada student nak kasi hadiah kereta BMW sebijik, tak ke kaya? Terus aku behenti jadi cikgu, wakakaka! lolz XD




4) PEGAWAI BANK (time darjah 6, zaman kiter semua UPSR)


Actually time ni aku nak sangat jadi pegawai bank sebab aku memang suka duit! Hahaha korang jangan ingat aku perempuan materialistik okay? Memula aku ikut ayah aku pergi bank, ehh macam best je jadi pegawai bank.Gaji pun boleh tahan, tapi bila kengkawan aku takutkan aku.Dorang cakap jangan jadi pegawai bank, nanti karang ada orang rompak dia tembak acamne? Hahaha, macam bodo je ayat membe aku time tuhh..Haha terus aku tukar cita-cita.




5) PELUKIS (time form 1 and form 2)


Nak kata aku ni pandai melukis, bolehlah tahan.Orang kata bakat boleh diasahkan? Aku pun pelik bebenor napa aku mudah sangat tukar-tukar cita-cita ni.Macam main tukar baju je.Time ni bermula kat sekolah, time tu ada sesi pembelajaran Pendidikan Seni.Aku selalu jugak la join pertandingan melukis time tuhh, dan paling bangga bila lukisan aku dapat A.Hahaha, time tu cikgu pun kemain puji kihkihkih ;P




6) PHOTOGRAPHER (form 3 hingga sekarang hihihi)

Wedding Photographer Checklist

Hingga sekarang aku minat sangat nak jadi photographer ni tapi bukan perkerjaan tetap la, just kerja sambilan je.Why aku minat sangat nak jadi photographer ni? Semua ni sebab aku suka pose ala-ala model padahal gaya hampehh! dan aku suka tangkap gambar terutama permandangan.Wahh sweet gituu, huhu harap-harap cita-cita aku ni tercapai.Nak beli DSLR tak mampu, pakai jela camera compact.Sedih kan? But tak kisah, yang penting skill itulah menentukan siapa photographer itu rightt kengkawan?


Fuhh penat seyh nak taip entri ni.Korang macam mane pulak? Cita-cita korang time kecik-kecik dulu apa? Thanks sebab sudi dengar saya membebel <3


Photobucket

You Might Also Like

9 marshmallow komen