Sajian Enak Tradisi Thailand Di Restoran Sri Ayutthaya

7:03 PG


Cepat masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik dah nak dekat masuk tahun 2012.Sempena entri kali ini, jom kita usha satu restoran yang menyajikan sajian Thailand.Pergh memang meleleh kalau masuk restoran ni, tak rugi! So kepada yang teringin nak rasa masakan thailand yang memang superb ni, jom kita terjah apa yang ada di Restoran Sri Ayutthaya.









Untuk pengetahuan korang, makanan thailand utama yang paling femes dekat Restoran Ayutthaya kebanyakkan makanan laut yang memang fresh seperti sotong kecil, ketam berkulit lembut dan ikan.Seperti lazimnya, masakan Thai tidak sah kalau tak pedas dan terasa rempah ratusnya yang memang umppph!


Pengurus Sri Ayutthaya, Masdi Md Saman berkata, Sri Ayutthaya sentiasa menawarkan hidangan baru dan lama yang diubahsuai bagi memenuhi cita rasa pelanggan.Yang paling syiook makanan di sini juga ditawarkan pada harga yang berpatutan.Memang tak rugi kalau you all singgah sini T_____T



Tom Yam Seafood RM13.90



Pineapple Fried Rice RM19.90



Kerabu Young Mango RM17.90



Deep Fried Baby Squid RM19.90



Thai Omelette RM18.90



Sizzling Honey Spring Chicken RM31.90



Long Bean & Petai Sambal Belacan



Thai Fried Rice RM15.90


Wahhh menarik kan Restoran Ayutthaya? Macam-macam ada (pinjam iklan astro jap hahaha) .Jom sama-sama menggemukkan badan di restoran thailand ni.For your information, Restoran Ayyuthaya mempunyai tiga buah cawangan.Selain hidangan yang enak & marvellous, restoran ini juga menyediakan suasana tradisional Thai menerusi hiasan dalamannya yang mempesonakan.Boleh la lepas ni ajak family dan member kamcing singgah sini! Memang tak rugi beb! T___________T


Restoran Sri Ayutthaya 
2, Jalan Wangsa Delima
Seksyen 5, Wangsa Maju
Kuala Lumpur
Tel: 03-4143-6883 

credit gambar : Tailim


Photobucket

You Might Also Like

1 marshmallow komen