Berkawan Biarlah Ikhlas

12:04 PG

Best_friends_cards-p137346433598677488qqld_400_large

True friends are always there for you. Fake friends only appear when they want something from you.



Sahabat adalah segala-galanya selain family dan lain-lain.Susah senang pun kita akan cari sahabat.Sedangkan orang yang galak bercinta sekalipun, even dia ada masalah sekalipun, orang pertama dia akan cari ialah S.A.H.A.B.A.T.


"Berkawan biar seribu, bercinta biar satu".Kata-kata ni dah lama kita pegang dari zaman nenek moyang kita lagi.Bukan sekadar 'sahabat' hanya di bibir saja, tapi nak cari kawan yang benar-benar ikhlas lagi-lagi zaman sekarang agak susah.Orang kata kalau nak berkawan, jangan dipandang jantina semata-mata.Nanti ada yang salah sangka T_______T


Bukan mudah nak mencari sahabat sejati.Macam mana pulak kita dapat sahabat dalam kategori 'kawan makan kawan' ? Harap-harap dijauhkan la dari kita semua.Yang penting, pegang pepatah don't judge a book by it's cover. Jangan pilih bulu dalam memilih kawan.Maksud di sini, jangan amalkan nak berkawan perlukan kawan yang setaraf dengan dirinya.Renung-renungkanlah ;)


Sedikit nasihat untuk anda & diri sendiri T______T




kalau nak berkawan, jangan dipandang jantina semata-mata.
nanti ada yang salah sangka.
kalau-kalau mereka diburu untuk sesuatu.

kalau nak berkawan, jangan dilihat paras rupa semata-mata.
rupa itu hanya sementara.
tidak kekal selamanya. 

kalau nak berkawan, jangan pula memilih bulu.
yang dipilih itu tidak semestinya apa yang disangka.
don't judge a book by it's cover.

kalau nak berkawan, nilailah luaran dan dalaman.
takut-takut kalau ada sifat terpendam.
dibuatnya kita yang sakit di kemudian hari.

berkawan biar beribu
berkasih biar satu
=D


Photobucket

You Might Also Like

2 marshmallow komen