Janganlah Engkau Menangis

10:58 PG



Mengapa kekadang aku tewas dengan air mata? Mengapa kadang-kadang air mata disimbolkan sebagai satu kekalahan? Lumrah manusia, even air mata lebih sinonim dengan perempuan, tak bermaksud lelaki tak pernah menangis right? atau sekadar menangis di dalam hati.Mungkin? Yes, kenapa perempuan mudah menangis? Kekadang aku hanya insan biasa, mudah sangat tewas dengan air mata pada perkara yang tak sepatutnya.Ada orang menangis sebab cinta, sebab boyfriend.Sungguh kini baru kusedar air mata kita selama ini sia-sia.

Cintakan bunga ia kan layu, cintakan manusia akan mati,
maka cintailah ALLAH..
DIA yang kekal abadi :)


 Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-citamu; bukankah Allah itu yang menentukan?

 Janganlah menangis hanya kerana engkau melihat cerita-cerita sedih, hindustan, korea, jepun, ia cuma lakonan, tipu semata.

 Janganlah menangis kerana cintamu tak berbalas, mungkin dia bukan lah orang yang terbaik untukmu di masa hadapan.

 Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

 Janganlah menangis kalau wang kita hilang di jalanan kerana mungkin kita kurang bersedeqah membuat amalan.

 Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat, yakinlah rezeki itu adalah pemberian Allah.




credit gambar : Dr. Cinta


Seharusnya kita berasa sedih dan sebak mengenangkan dosa-dosa silam.Sesungguhnya Allah mencintai hambanNYA dengan nikmat, tapi kita membalasnya dengan MAKSIAT.So, belum terlambat untuk kita bertaubat.Aku hanya insan biasa, banyak melakukan kesilapan dan rasanya tak salah kita gunakan apa-apa sumber untuk menyampaikan dakwah seperti blog.Kekadang banyak nikmat yang kita TERLUPA untuk bersyukur.Rasa tak puas dengan apa yang kita miliki, itulah aku.Ya Allah, ampunkanlah daku..


"Tidak aku jadikan jin dan juga manusia 
melainkan untuk beribadah kepadaku" (az-Zariyat:56)


Sebenarnya aku sangat tersentuh bila melihat lelaki yang menangis.Bukan menangis kerana cinta or something, tetapi lelaki itu menangis kerana menangisi dosa-dosanya.Memang aku kagum dengan lelaki macam ni, menangis kerana dosa.Bukan mudah mencari lelaki macam ni.Dan kekadang aku terfikir bolehkah kita menjadi seperti Nabi Adam yang menangis selama 300 tahun memohon dosanya diampun? Rasanya kita 3 minit pun belum tentu boleh buat right?


p/s : usah menangis pada perkara yang tidak sepatutnya.Semoga ambil iktibar dan penulis sedang memperbaiki diri sendiri.InsyaAllah.Wallahualam :)


Photobucket

You Might Also Like

6 marshmallow komen