Lelaki Suka Hadiah Apa Eh Time Birthday ?

8:20 PTG



happy birthday to him <3

Siapa yang sambut birthday hari ini, D'ya mengambil kesempatan nak wish birthday untuk korang jugak.Wish jela kan, tapi hadiahnya takde kihkihkih.Nak hadiah jugak? Bagi alamat penuh, esok komfom hadiahnya sampai.Boleh la datang beraya sekali mintak angpau lagi kihkihkih3.Guna post laju *okayy ni tipu je.Kepada Muhammad Firdaus, my special friend.Happy Birthday ;p


Oh ya berbalik kepada topic, ada sesiapa tolong bagi cadangan tak? Lelaki suka hadiah apa eh time birthday? Takkan nak bagi rantai & teddy bear kot HAHAHA.Sentap hati mak tahu! Nak beli gadget tak mampu lak kan, lain la kalau dah kerja bussiness kan kan? Biasanya lelaki ni sukakan hadiah yang praktikal atau dengan maksud lain lelaki ni sukakan hadiah yang boleh digunakan dalam kehidupan sehariannya.


Fakta @ Auta : Lelaki takkan menukar sesuatu barang jika ia masih elok dipakai. 

**Nota kaki ~ simplenya lelaki ni kan? Tak complicated macam perempuan.Perempuan ni lagi nak tambah koleksi barang ada la, *perli dirisendiri ;p




Comel tak card yang D'ya baru je beli baru-baru ni.Tak tahu nak bagi kat sape, serius comel card ni ditambah lagi dengan ayat yang romantis lagi sweet *hiperbola sungguh ayat.Tunggu je siapa yang berjaya rembat birthday card ni dari aku sendiri haha.Siapa birtday dia awal tahun, untung lah kan dapat hadiah dari aku.Yang birthday hujung tahun tu, maaf la ye.Sila berhenti mengharap hehehe okay joking.Maybe lagi okay dari gambar sebenar kat atas, hal maklumlah pakai camera yang tak power, tak sehebat DSLR huhu sobsob.Tak kisah la mak noks, yang penting tak salah kan kalau kita nak meraikan hari jadi seseorang?


Macam aku sendiri, aku akan rasa dihargai bila orang lain bagi hadiah time birthday even ia sekadar wish @ ucapan.Kan bagus kalau Dya boleh buat benda yang sama dekat orang lain? Berbalik pada topik, puas dek menggoogle hadiah apa yang sesuai untuk diberi pada si jejaka bila tiba birthday dia? Kepada jejaka-jejaka yang terbaca post ni, any idea? Lelaki suka hadiah ape eh? Mana tahu esok ada husband, senang la sikit nak kasi hadiah right? grr okay lari topic* 

p/s : any idea? kalau perempuan suka bunga, takkan lelaki nak bagi bunga kot.Karang tak pasal-pasal dicop mat bunga, grrr *melebih-lebih ok bye ;)


Photobucket

You Might Also Like

5 marshmallow komen