Lukisan Kejuruteraan & Prinsip Akaun Mana Lagi Senang?

12:48 PG


wahh semart tak buku teks LK ni? grrr 

Maaf sebab aku dah lama sangat tak update blog.Bukan apa, busy memanjang. Hal maklumlah, nak jadi top student bukan senang ye dak? Even dah masuk tahun baru, aku bersyukur sangat akhirnya blog ni dah mencecah 1 tahun lebih.Dah tua ye kau, haha.Yang sudi-sudi singgah mekasih banyak-banyak, nanti rajin-rajin la drop comment yea *opps permintaan melebih-lebih ni. haha.


Actually dalam kesempatan ni aku nak jugak bercerita about sesi persekolahan baru 2012.Memang best sebab dapat kawan baru, kenal cikgu baru.Paling bangga dapat study subjek baru like Fizik, Kimia, Add Maths.Subjek yang betul-betul menggegarkan jiwa aku next year (SPM candidate).Sekejapnya nak amik SPM, omg haha yang penting doakan yang terbaik untuk D'ya okay ;)


lukisan kejuruteraan VS prinsip akaun?
mana lagi senang?


Tetiba hari ternampak satu keyword yang agak menarik untuk dikongsi.Macam mana keyword ni boleh tersesat ni pun aku kurang pasti.Heheh yang pasti korang yang search keyword ni mesti bingung nak pilih aliran form 4 right? Hah, benda yang aku alami sekarang! Annoying right ?


But dont worry, sebenarnya it's up to you nak pilih aliran apa-apa pun.But ada syarat tau sebelum nak masuk mana-mana aliran, yang penting biar subjek tu kita boleh bawak.Still pening boleh je refer post aku yang lepas iaitu Panduan Pemilihan Aliran Pelajar Lepasan PMR.


Dulu kan first-first Dya naik form 4 ni jenuh jugak nak memikirkan aliran apa nak masuk sebab aku ni banyak sangat cita-cita masa kecik-kecik dulu.Kejap nak jadi cikgu, ehhh kejap nak jadi doktor.I know sebab aku pun pernah ada situasi yang sama.But dont worry, lihat keputusan peperiksaan korang & kenal pasti subjek yang menjadi minat korang.Yang penting minat mesti ada, insyaAllah boleh bawak subjek-subjek berat macam fizik, biology and chemistry.


Selain itu, korang boleh berjumpa kaunselor sekolah, mintak pandangan cikgu-cikgu sama ada diri anda sendiri mampu atau tidak masuk aliran yang korang minati.WARNING! Jangan ikut kawan! Kawan kau masuk aliran sains tulen, kau pun sibuk ikut dia.Konon nanti takde kawan, last-last kantoi SPM macam mane? Tepuk dada, tanya selera =,=



haaa, iklan kejapp..gelak golek-golek ;p

Jangan stress sangat macam aku ni, gelabah semacam.Adik-adikku sekalian, jangan contohi sikap senior adik yang ada kat depan ni HAHAHA.Pilih la aliran yang bersesuaian dengan kita, bukan hentam kromo ikut kawan ye dak?

p/s: dulu masuk class account, sebab tak minat account.Masuk class SAINS TEKNIKAL, sebab nak jadi 'enginneer' kononnya la, haha. *menyampah betol! 

ok, bye ;)


Photobucket

You Might Also Like

6 marshmallow komen