Inilah Bahananya Kalau Asyik Bergaduh!

10:40 PTG


 

Di suatu malam yang hening, seperti biasa ada je benda yang aku nak buat.Kalau tak kacau adik aku, mesti aku melalak-lalak bagaikan artis AF dlm bilik, kalau tak pun mesti curi-curi makan kat dapur.Biasalahh, time tu kecik cinonet, mane la nak matang.Nakal-nakal tu mende biase kann? Pada satu malam yang dipenuhi bintang-bintang brkelipan...........


adik : hoiii, bak la sini remote control..Ape ni main rampas-rampas?
aku: sape cepatt dia dapat la.Ahh, kau takpayah ngade-2.Sapa anak sulung skrg?


maka berlaku la aksi tarik-tarik rambut, tendang-menendang, tampar menampar dan sgala aksi ganas yang melampau.Time tu ayah takde dekt rumah, so aksi gaduh-gaduh manja dengan adik berjalan dengan lancar.Cuba ada ayah, tak berani kau nak gaduh apatah lagi nak cuit-cuit dengan adik beradik.Zamann tu ayah garang, dengar je kami adik beradik gaduh, ZAPPPPS! salah sorang dri kami kena rotan.Auww sakitnya mengalahkan hukuman sebat bgi pjenayah.

 


ada satu malam kami adik-beradik gaduh pasal ape entahh, lepastu tetibe satu malam tuu TAPP..Tetiba elektrik rumah kami terputus.Ehh, apesal gelap ni? Aku dan adik ketakutan, ni bahananya bgaduh malam-malam.Then tetiba aku ternampak satu LEMBAGA berwarna putihhh dan kami............

Ohh mak kauuu, huwarghh..hantuuuuuuuu...la..laaa..rrriii..riii


Time tu baru terasa insaf.Nyesal sebab gaduh-gaduh.Time lari tu terasa mcm tak lari.Kaki tersekat-sekat bagaikan digam.Lari punya lari bagaikan tak cukup tanah.Lepastu elektrik dekat rumah tu ada balik.Apa yang gelap dalam rumah tu semua dah terang.Fuhhhh, lega rupenya LEMBAGA putih yg kami sangkakan tuuh ialah mama yang siap bertelekung putih sambil buat aksi konon-konon hantu lettew.

mama: tuhh la engkorang, gaduh lagi.Gaduh Brapa kali mak pesan, jangan gaduh-gaduh? 


Then sampai skrg bila ingat balik moment tuh, rasa nak gelak-golek golek.Inilah bahananya kalau asyik bgaduh dgn adik.Yang lucu mama boleh lagi berlakon jadi hantu.Alahaiii, sampai skrg insaf nak bergaduh time malam-malam, karangggg.................LU PIKIRLAH SENDIRI *bak kata Nabil :)


You Might Also Like

1 marshmallow komen