Shopping Raya Sakan Sampai Tak Ingat Dunia

4:01 PTG


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia buat korang semua.Maaf andai blog ini dipenuhi sawang-2 oleh sebab tuan blog ni busy.Shopping raya tahun ini amatlah memenatkan.Sesak woo dah macam orang kekurangan oxygen.So destinasi shopping tahun tak lain tak bukan dekat Sogo dan Jalan TAR.Tahu-tahu jela dekat2 nak raya mesti ada sale 10% hingga 70%.Mahu juling mata ni nak pilih baju-baju.Apa2 pun bersederhanalah.Jangan membazir okay :)



Butik pilihan aku kali ni dekat First Lady, Jalan Tunku Abdul Rahman.Sebelum ni kalau aku nk shopping baju kurung aku selalu gak pegi butik First Lady ni.Tapi yang butik dkt Jalan TAR ni first time aku pegi sbb sbelum ni aku pegi dekat Carrefour Wangsa Maju.Nak dibandingkan dua2 tempat ni, butik First Lady dekat Jalan TAR lagi besar la.Murah2 pulak tu.So aku prefer pegi butik ni sebab murah and variety baju kurung like jubah, kurung moden and lain2.Tahun ni aku beli 3pasang baju kurung.Shopping sakan laaa nampak gayanya.

                                

Butik First Lady Website --> click HERE

Kali ni aku beli 2 pasang baju kurung moden dan satu jubah warna hitam.Contoh macam gambar dekat atas.Paling aku suka baju kurung moden warna merah.Ada berani tak? Saja nak tampak berani that's why la tahun ni pilih warna garang sikit hehe.Suka sangat baju ni sebab baju kurung moden ni ada motif bunga2 and kain die kat bahagian bawah skali kembang2.Lawa so much.Harga pun murah, bawah RM80 dah boleh dapat.


p/s : semalam seharian shopping beli baju raya, sampaikan shawl and kasut raya pun tak sempat beli.Alahaaai :) mood raya datang balik !



You Might Also Like

1 marshmallow komen