Mama Nak Kerja Boleh Cuti Sekola Ni ?

1:21 PG


Assalamualaikum. Oh my god! Lifeless. Cuti sekolah yang sgt membosankan. Bukannya aku tak keluar hang dgn kengkawan. Rasanya lebih dari tiga kali keluar. Mungkin aku seorang yg cepat bosan. dan dalam masa yang sama aku menghitung hari utk naik sekolah. Cepatlah masa berlalu. Bayangkan duduk rumah teperap macam tunggul. Yes jadi suri rumah sepenuh masa. Hoho biasela. Rumah aku mane ade org gaji. Nak harapkan aku sorang je anak tunggal perempuan dalam rumah ni.


baby, housewife, make up, maybelline, mom, mother

*ni la kerja aku hari-hari. Jaga anak kat rumah. hoho :p


MAK : Alaa bagusla tu duduk rumah. Tengok anak dara orang lain boleh je duduk rumah diam-diam.
ME  : Bosanlah ma. Hah? yes i got an idea. *gedik-gedik dekat dengan mama sambil puji "e,eh knapa ma cantik sgt hari ni? muka berseri-seri. Kalah pengantin baru".
MAK : Kau nak ape puji mak sebenarnya ?
ME : *hiissh kantoi. Hmm ma actually orang nk kerja time cuti sekola ni. Boleh kan? Pelissssh *mengharap penuh simpati eceh .
MAK : takpayah ngada2. Kau tu anak dara. Umur baru je 16tahun. Duduk rumah je. DAMN! *dah agak.


Padahal niat kita bukan nak menggedik sebab nak kerja. Alahai mama mama. Even dalam hati yg suci ni teringin nak cari pengalaman eceh padahal. and sampai satu part ayah nak bersuara, dalam hati aku dah bersorak. Harap-harap la ayah bagi. Sekali ayah jawab "hmm boleh tapi..... takpayah la. Selagi ayah mampu tanggung anak ayah ni selagi tu la bla bla bla bla" .


Aku redha dan pasrah akhirnya. Terpaksa la aku jadi penganggur tak bertauliah cuti sekolah ni. game, twitter, fb ? Homaaigaad. Actually nak kerja sebenarnya tringin nk rase pegang duit sendri. Tak sabarnya nak tunggu lepas habis SPM, amik lesen lepastuu jad blogger aktif balik and lepastuuu nak bukan butik online. Banyaknya angan-angan kau kan ?


p/s : sedihnyaa bila hasrat tidak tercapai. Waitwait. Ini just post merepek. Thanks sudi membaca Salam sayang, D'ya Marshmello :)

 



You Might Also Like

1 marshmallow komen