Tips Belajar Speaking English

8:36 PG


    

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hmm actually punya la pemalas nak update blog semenjak dua menjak ni. I dont know why? Salah satu faktor sebab ayah lambat pasang wifi. Maklumla baru pindah rumah, so satu hal nak kene pegi panggil orang Streamyx tlong pasangkan line. Alahai sabar jela. Ni bukan entri sentap, but nak share tips belajar speaking English. Ecehh padahal english aku bukan la terer mane pun, cakap berterabur. Nak kata pandai takdela sangat, standard biasa English dapat gred B atau C je pun.  Nak cecah A hmm insyaAllah sebelum mnjelang SPM. Korang doa-doakanlah aku ye. Hoho by the way tak salah share kan? sharing is caring right? Okay let's go .

1) Update status twitter @ facebook

- bukan nak berlagak, tapi ape salahnya korang practise la sikit-2 speaking time nak update status facebook or tweets even english berterabur. Haha peduli apa kan? Dari post tweet merepek-2 tak tentu pasal. Silap hari bulan kena maki. Cuti sekola otak aku pun dah start berkarat, so aku study english melalui twitter. Bile orang tweet, aku try paham ape yang orang tu nk sampaikan. So i get the point !


2) Cakap sensorang depan cermin

- Yes ini adalah aku. Maybe nampak macam org gila sebab cakap sensorang depan cermin. Buang tebiat hape?Actually tak salah tau. And korang bayangkan cermin tu pakwe/makwe korang sambil speaking "Do you love me?" bla bla bla. Hoho so start situ korang boleh practise berkomunikasi. Kalau lagi parah tu, try la nyanyi lagu english sambil pahami maksudnya. *awas, dilarang menggunakan google translate :p


3) Beli surat khabar bahasa inggeris

- Cara ini sangat bagus actually even aku tak pernah keluar duit beli paper english. Why? Sebab aku sanggup beli majalah fashion bagai dari beli english paper. Haha okay contoh yang tak elok dicontohi. So korang boleh la try paham apa yang nak disampaikan. Kalau tak paham, rajin2kanlah diri anda refer kamus ya ! :)


4) Rajinkan diri tengok movie omputih

- Hmm yayaya aku ni selalu la jugak layan movie omputih. Lagi-lagi ada part ganas-2, part tumbuk dush dush sampai hero datang kereta terbalik terus meletup terbaboom. Haha okay merepek,why not ajak la membe korang tengok movie english hujung minggu. Try uji kepahaman korang tu, tak salah pun kan? At least dari situ kite belajar slow-slow okay ?


5) Update post dalam bahasa inggeris

- Yang ini aku tak pernah buat, ada la jugak hasrat utk mencuba. Tapi hmmm belum tiba masanya kot. Hoho actually korang boleh guna ayat sendiri, klau silap jangan malu. Everyone learn from mistakes. Lagipun, post english pun menarik jugak tau.


Actually banyak tipsya. Bezanya kita rajin atau malas je. Kalau rajin, insyaAllah akan dapat hasilnya. Kalau dekat sekolah or universiti, try la cari membe yang pro english.  Boleh study group, or communicate each other? Pastikan kukuhkan grammar dulu. InsyaAllah you guys mesti boleh punye. Semoga berjaya ya !


p/s : do add me on twitter @Dya_Marshmello .Thanks for reading. Lots of love, D'ya Marshmello :)


You Might Also Like

1 marshmallow komen