Resepi Fruit Cocktail Custard

2:11 PG




Assalamualaikum. Hari ini saya Chef D'ya Marshmello, (kononnya) akan menunjukkan anda resepi yang memang patut uolls cuba. Pada musim yang lepas kita sudah belajar resepi Spaghetti Carbonara Mushroom Berkrim. Haa sudah anda mencuba ke belum? Hihihi kali ni kita belajar buat fruit cocktail. Stepnya semudah ABC. Fruit cocktail ni sejenis dessert yang sesuai dihidangkan time open house or any event la. Sejurus itu, (prolog) saya dengan gigihnya mencari bahan-bahan untuk membuat fruit cocktail di Tesco. Yang paling menghairankan apabila ada mata memandang ketika aku terburu-buru mencari tepung kastard dan bahan-bahan lain. Dalam keadaan tergesa-gesa sampaikan terlanggar orang. Disebabkan Tesco ditutup pada pukul 11, dalam masa lima belas minit singkat itu aku tidak membuang masa. Ahhh akhirnya semua berjalan lancar. Okay mari kita teruskan sesi pembelajaran kita! Anda-anda yang ingin menyalin resepi ini jangan lupa sediakan buku dan pen di tangan! Hee




Bahan-bahan yang diperlukan ialah :-



BAHAN :-

 1 tin buah-buahan koktail campuran
 1 tin nata de coco, agar-agar merah, buah ceri, epal hijau (optional)
 1 tin susu cair
 2 sudu besar tepung kastard (larutkan dalam air menggunakan bekas lain)
 Sedikit gula (kalau nak tambah lagi manis)
 Esen vanilla (kalau taknak letak pun takpe)

Mari kita mula sesi pembelajaran kita pada hari ini! Enjoy! :>



Mula-mula panaskan air atas dapur gas. Hati hati jangan sampai meletop hee taktak.




Kemudian masukkan 4sudu besar gula. Tapi sebenarnya depends la nak letak berapa sudu pun. Lagipun bila kita dah letak susu cair rasanya still manis right? So depends la. Ada orang suka manis, ada yang tak.




Kemudian untuk tepung kastard, asingkan guna bekas lain untuk elakkan dia jadi berketul-ketul. Masukkan 2 sudu besar tepung kastard dan dibancuh dengan air. Kacau-kacau dengan penuh kasih sayang dan masukkan dalam periuk tadi, jangan bagi berketul- ketul okay? 




Kemudian langkah seterusnya masukkan 1 tin susu cair ke dalam periuk. Kacau sebati hingga pekat. 



Kemudian masukkan satu 1 tin buah-buahan koktail campuran. Nak tambah lagi sedap tambahlah buah-buah lain. Contoh buah epal, strawberri, anggur dan sebagainya. Potong kecil-kecil dan masukkan. Hmm sedapnyaaaa!



Hm sebenarnya letak banyak buah-buahan lagi bagus tau! Badan pun sihat. Tambah epal hijau. Sebelum itu potong dadu dan masukkan ke dalam periuk. Kacau sebati hingga pekat.




Kacau sebati. Tutup api dan siap sedia dihidang. Boleh sejukkan fruit cocktail ni dalam peti sejuk. Lagi sedap bila hidang tu tambah ais. Double sedap. Senang kan? Tak susah pun kalau ikut step by step. Selamat mencuba!


nota kaki: Actually saya baru merangkak-rangkak nak belajar memasak. Mak cakap kalau dah pandai memasak boleh kahwin! *tetiba


You Might Also Like

4 marshmallow komen